Bila bapak bapak alaf baru bersatu, begini lah rupanya. Kami terjumpa Abe Muiz masa convocation. Dia memang mengajar sekali dengan Abah Muhammad di sekolah yang sama. Dia datang dengan isteri dan seorang lelaki yang saya fikir abang iparnya lah mungkin. Rasanya untuk menyenangkan mereka bergambar kan. Kalau tak segan juga minta orang random ambil gambar.
Jadi bergambar lah dua orang bapak ini. Rasa macam lawak pun ada sebab kami semua satu sekolah di MMRP dulu dan saya dengan Abe Muiz bukan lah baik pun. Saya selalu sakit hati dengan dia dulu haha. Entah tiber nak sakit hati. Mungkin style percakapan dia yang buat saya geram. Dia anak kawan Umi saya iaitu Ustazah Hasmawati.
Semua anak Ustazah Hasmawati, Umi saya ajar kecuali Abe Muiz. Sekarang semua dah matang kan. Takde nak sakit hati ke apa lah alhamdulillah. Abe Muiz pun mempunyai isteri yang solehah alhamdulillah dan anak yang comel nama Alya. Umur nya 2 tahun sudah. Begitulah ceritanya. Saya boleh nampak Abe Muiz sangat excited dapat konvo haha. Alhamdulillah.
Abah Muhammad pun tak kurang excitednya. Dari dulu lagi sebut tak sabar nak konvo. Makin dekat dengan hari konvo, hampir setiap hari sebut tak lama dah nak pergi konvo haha. Saya pun tak dapat nak memahami lah macam mana rasanya perasaan nak konvo kan. Apa pun tahniah semua graduan. Ramai graduan lain yang sudah berkeluarga dan ada juga yang single. Tiber.
Rumah Kak Hidayah,
Bandar Seri Putra.
No comments:
Post a Comment