Saturday, October 14, 2023

MUHAMMAD DI RUMAH MOKLONG


Ini first time Muhammad jalan jalan luar Rantau Panjang semenjak 34 hari dilahirkan. Muhammad pergi rumah Moklong di Bachok! Dapat lah Muhammad berkenalan dengan saudara mara alhamdulillah. Baik sangat dorang. Moklong buat makan makan sikit hari Jumaat. Kami tidur di sini semalaman. 

Muhammad, Abah dan Umi tidur di tingkat atas. Sejuk sangat ada aircond. Umi yang tahan sejuk pun jadi tak tahan kahkah. Sepanjang di sini, Umi makan nasi dengan ayam goreng saja walaupun ada banyak pilihan lauk. Konon berpantang kan haha. Kuih muih pun tak boleh sentuh. Hmm. 

Sepanjang di sini Umi dapat rehat banyak sikit sebab ada saja orang yang tolong pegangkan Muhammad. Tapi waktu malam Muhammad tak bagi Abah dan Umi rehat. Pagi nya bertiduran lah Abah Umi haha. Nasib baik lah sanak saudara faham juga. Habis bengkak mata Abah Umi kahkah.  

Rantau Panjang, Kelantan. 

1 comment: