Monday, October 9, 2023

MUHAMMAD'S FIRST CHECK UP

Assalamu'alaikum WBT. 

Hari ini Muhammad sudah berumur 28 hari alhamdulillah. Tadi pagi pergi klinik cek Muhammad untuk sebulan. Alhamdulillah semuanya okay. Cuma saya kalut sikit bila kena buka dan pakaikan baju Muhammad sampai kena tegur dengan nurse. Nak buat macam mana, saya ini first timer kahkah. 

Tadi Umi saya yang teman pergi klinik. Umi yang drive. Terima kasih Umi. Qadarullah menantu Umi hari ini ada taklimat psikometrik di Maahad Muhammadi Perempuan. Jadi memang tak boleh nak elak ambil MC atau CRK lah. Terpaksalah Umi saya berkorban. Terima kasih Omma! Love you ❤️

Nasib baik ada kawan Umi nak bercakap iaitu menantu Ghani Plastik. Dari awal sampai akhir mereka berborak. Alhamdulillah takde lah Umi boring kan. 6/11 in shaa Allah ke klinik untuk 2 bulan Muhammad, kena jarum! Harapnya Muhammad boleh jadi sekuat Kakak Iman, tak menangis pun kena jarum dulu. 

Kesian Abah Muhammad, mesti letih sangat. Malam malam pun tahu tahu berdengkur. Tapi saya selalu suruh senyap sebab Muhammad senang tersedar. Haha sorry Abah Muhammad. Begitulah hidup kita sekarang, kena berkorban itu ini. Begitu. Semoga kita sama sama kuat ya Abah Muhammad. 

Kembali kepada cerita klinik tadi, nak tahu tak berat Muhammad berapa? Okay cuba teka. Saya bagi masa 2 minit. Teka lah berat saya sekali. Hiks. Sekarang jam 2.27 petang. Tokbah dah balik alhamdulillah. Tokmi belum balik, Abah Muhammad belum balik, Poksu Shin pun belum balik. Saya keseorangan sekarang. Tokbah dalam bilik. 

Okay time's up. Berat Muhammad adalah 5 kg! Saya pula 65.7 kg. Alhamdulillah semoga Muhammad sentiasa sihat dan cergas ya sayang. Umi pula kena jaga makan. Sebenarnya berat saya sekarang tak jauh beza pun dengan sebelum pregnant iaitu 64++ kg. Tapi itulah kalau boleh kita nak lah slim kan. Tiber. 

Orang cakap nak kembalikan badan zaman anak dara. Masalahnya zaman anak dara pun saya bukan kecil sangat pun kahkah. Begitu juga lah berat saya. Tapi tak apa kita usaha in shaa Allah. Okaylah sebelum Muhammad terbangun, bagus saya siapkan kerja yang terbengkalai seperti lipat kain. Bye! 

Rantau Panjang, Kelantan.

No comments:

Post a Comment