Assalamu'alaikum WBT.
Soalan yang saya paling tak suka sekarang adalah, adakah saya akan bawa baby ke Sabah nanti mula bertugas balik. Saya nak elak sangat soalan ini tapi akhirnya saya akan kena laluinya juga. Tapi setiap kali jumpa sesiapa pun soalan itu wajib ditanya sampai saya rasa stress.
Ada yang berpengalaman PJJ dan jaga anak satu orang, menasihatkan saya untuk bawa anak ke sana walau apa pun alasan atau keadaan. Tapi dia tak faham bukan semua tempat sama. Kota Marudu bukan macam tempat lain seriously. Sangat susah mencari pengasuh yang betul betul boleh dipercayai.
Bukan dari segi penjagaannya sahaja, tapi dari segi pemakanannya juga. Tahu tahu lah macam mana keadaan Kota Marudu ini yang tidak berapa islamik. Apa yang disuap pun kita tidak tahu. Entah halal entah tidak. Tambah lagi dengan kes itu ini yang semakin berleluasa sekarang.
Saya bersyukur keluarga terdekat saya sangat memahami. Tiada pun dorang tanya soalan begitu. Keluarga terdekat itu maksud saya adalah keluarga kecil saya lah. Abah, Umi dan adik beradik saya. Hmm entahlah. Saya stress! Kalau ikut hati memang nak bawa sangat Muhammad ke sana.
Rantau Panjang, Kelantan.
No comments:
Post a Comment