Assalamu'alaikum WBT.
Tadi pagi kami ke rumah baru Kak Dila di Tanah Merah. Cantik sangat dan besar. Kedudukan rumah pun sangat strategik, di belakang Pantai Timur, dekat dengan kedai makan, senang kata di tengah bandar lah tapi rumah dia kena masuk sikit tapi memang senang untuk dicari. Rumah Kak Dila ada 4 bilik memang ngamlah sebab anak Kak Dila dan Abe Azha ada 3 orang iaitu Maryam Hana, Omar Al-Hakim dan Ali Al-Harraz. Cantik kan nama dorang?
Seharian eh kami di sana. Kami sampai dalam jam 11 pagi. Janji dengan Ma nak bertolak jam 9 pagi tapi lambat sebab saya dan keluarga belah rumah hijau pergi majlis bercukur cucu Cikgu Rohani iaitu anak kedua La.Okay jadi sampai rumah Kak Dila, kami kemas meja dan sediakan makanan atas meja. Makanan dah siap dimasak, tinggal susun saja. Tak lama lepas itu orang dah mula datang makan. Zuhur tu dorang solat berjemaah dan sambung dengan solat hajat sempena naik rumah.
Teka siapa imamnya? Semestinya Abah Muhammad hihi. Tapi saya tak berani gambar masa dorang solat sebab dikelilingi oleh ahli keluarga perempuan seperti Ma, makcik makcik, ipar dan biras. Saya banyak duduk dalam bilik sebab dodoikan Muhammad. Sekali dengan saya sendiri tertidur hiks. Lepas siap solat semua Abah Muhammad masuk bilik kejutkan saya. Almaklumlah bilik ada aircond memang lalai lah haha tak sedar pun.
Saya pun bangun solat dan makan dengan Abah Muhammad. Ada satu vibe yang saya tak berapa selesa ketika itu tapi tak apalah. Sambung cerita, ngam ngam saya siap makan, Abah, Umi, Syahadah dan Adik sampai yea! Saya suka sangat! Kami bersalaman dan mereka makan terus. Saya hidang daging singgang dan gulai kambing di meja. Mereka makan dengan berseleranya alhamdulillah. Terima kasih Abah, Umi dan budak kecil dua sebab orang datang dari jauh.
Lupa nak cakap, baru sekejap mereka sampai, Muhammad pun bangun. Macam tahu tahu saja ya Tokbah, Tokmi, MamaDa dan Poksu datang. Sambil makan, sambil melayan Muhammad yang masih mamai. Ada masanya Abe Mae yang tolong dukung. Petang menjelma, ramai sudah pulang, ramai juga yang baru datang. Sesi melayan tetamu berterusan tapi sebenarnya saya banyak duduk dalam bilik saja hiks. Dalam jam 6.30 petang, saya, Muhammad dan Abahnya ponteng kejap menyelinap ke Pantai Timur hihi.
Malamnya selepas solat Maghrib berjemaah, kami membaca surah Yasin tiga kali di ruang tamu bersempena dengan malam Nisfu Syaaban diketuai oleh Abe Jani. Abe Jani memang legend sentiasa jadi imam lebih lagi di Sabah. Lepas solat Isyak, kami lepak lepak dulu sebelum semua bersurai dan tinggal lah keluarga kecil Kak Dila dan Abe Azha sahaja di rumah. Saya bermalam di rumah Ma. Sampai saja rumah, terus masuk bilik tidur. Abah Muhammad masuk bilik lambat sikit sebab siapkan Ma dulu. Sekian.
Ouh nak cakap satu benda, Irsyad kan beria betul jaga Muhammad. Dia bertegas nak buat susu Muhammad. Saya bagi walaupun setiap sudu serbuk susu yang dia isi akan melayang keluar, tak apa. Kita raikan saja. Dia cakap Muhammad comel sangat, boleh ke Irsyad nak tumbuk. Alamak ghisau haha. Tak apa jangan risau, Irsyad baik sangat. Ikhlas betul dia jaga Muhammad, siap suap susu lagi. Akhirnya dia cakap dekat Abah dia, Irsyad nak adik. Geleng kepala Abah dan Umi dia haha.
Rantau Panjang, Kelantan.