Suka sangat gambar ni 😍 Candid konon si Iman haha. Suka sangat tengok dorang menjaga Muhammad, sama macam jaga adik mereka sendiri iaitu Abdul Hadi yang sama baya dengan Muhammad cuma awal Abdul Hadi dua bulan. Sekarang Abdul Hadi sudah pandai merangkak dan memanjat. Manja betul budak Abdul Hadi tu. Asal dukung kepala auto lentok atas bahu si pendukung.
Bibir macam biasa kalah Angelina Jolie kahkah. Mata sentiasa nampak berair ya. Kalau senyum kalah gula dalam bekas. Begitulah kemanisan senyumannya ya tuan puan. Harap faham. Saya sebenarnya kesian tengok MamaDa penat betul menguruskan anak anak buah yang tersangat aktif ya. Sepatutnya cuti sem ni bolehlah MamaDa rehat kan.
Ndapa MamaDa, semoga segala yang kau lakukan ini diberkati Allah. Semoga dengan ini Allah permudahkan segala urusan kau dan makbulkan segala doa kau. Terima kasih juga menjaga Muhammad walaupun kau dah sibuk dengan tiga orang ribena tu. Muhammad sayang MamaDa. Bertuahnya siapa yang dapat jadi anak MamaDa sebab MamaDa penyayang sangat dan solehah.
Rantau Panjang, Kelantan.
No comments:
Post a Comment