Sedap juga rupanya. |
Jenuh dipaksanya aku makan brokoli guna cara dia. Mukhlisin memang dah tak sanggup, jadi aku pun ambil lah hati dia. Sekali memang sedap dek. Alhamdulillah. Ketagih pula rasa dia. Katanya Kakcik yang perkenalkan.
Jangan ditanya kenapa gambar terbalik begitu, aku pun tak tahu. Yang penting saya nak tunjuk bahawa Syahadah adalah tukang masak rasmi untuk dua minggu dia bercuti sem. Saya pun tak tahu dari mana dia dapat skill itu ya. Benci.
Dah boleh slow slow cari pasangan ya adikku ini. Makin lama makin matang. Nampak sangat layak ya jadi seorang suri rumah. Apatah lagi menjadi seorang ibu in shaa Allah. Ciri ciri itu aku boleh nampak bila dia menjaga anak buah. Begitu.
Aku doakan semoga Syahadah dijodohkan dengan manusia yang terbaik untuknya yang dapat sama sama ke syurga dan hidup dalam kebahagiaan hingga ke akhirnya. Semoga yang baik baik saja untuk adikku yang solehah lagi cantik ini.
Rantau Panjang, Kelantan.
No comments:
Post a Comment