Sunday, February 25, 2024

REUNION WITH USTAZ MUN'IM


Terima kasih Ya Allah atas peluang telah Kau berikan kepada kami. Lebih 5 tahun saya teringin berjumpa dengan Ustaz Mun'im, perasaan itu lebih terasa selepas dapat hadiah kahwin daripada ustaz yang sangat lah lumayan iaitu microwave. Ustaz tetap ingat kami walaupun lama sudah tidak berjumpa. Akhirnya Allah menemukan kami hari ini. Berpeluang ke rumah ustaz membawa cucu ustaz iaitu Muhammad Wildan. 

Bayangkan betapa ustaz terasa tua kahkah. Yang pergi rumah ustaz adalah Rabiatul, Rajni, Hazim, saya, Muhammad dan Abah Muhammad. Kami semua dalam satu kelas yang sama dari tingkatan 1 hinggalah tingkatan 3 iaitu pada tahun 2010-2012 dan guru kelas kami sepanjang 3 tahun itu adalah Ustaz Mun'im. Ustaz yang boleh dikatakan paling disayangi sebab kami semua memang rapat. 

Saya dah lama nak pergi rumah ustaz cuma sangat tidak berkesempatan. Tidak sempat lah saya berjumpa dengan isteri ustaz. Tahun lepas bulan 9, ustaz telah kehilangan isteri tersayang. Semoga ustaz sentiasa diberi keredaan dan semangat untuk membesarkan anak anak tiga orang seorang diri. Tapi sebenarnya ustaz sedang dalam proses mencari. Sepanjang 3 tahun isteri ustaz sakit, ustaz lah yang menguruskan isteri dan anak anak seorang diri. 

Sehingga isteri ustaz meninggal, sekarang anak anak semua dengan ustaz. Ustaz sangat kuat. Saya rindukan moment kami dengan ustaz dulu dulu. Alhamdulillah tadi bercakap itu ini tak berhenti. Ustaz sangat excited kami datang. Begitu jugalah saya sangat teruja nak jumpa ustaz. Ustaz dah sediakan makanan dan minuman. 

Kota Bharu, Kelantan.

No comments:

Post a Comment