Tuesday, February 6, 2024

PERTANDINGAN AERODANCE TAN2

4 Berlian.

1 Berlian.

4 Mutiara.

1 Intan.

3 Intan.

2 Berlian.

3 Berlian.

Assalamu'alaikum WBT. 

Hari ini berlangsungnya pertandingan aerodance antara kelas. Semua kelas dari F1 ke F4 diwajibkan join. Ini adalah untuk mengisi masa mereka di sekolah memandangkan pelajar F5 sedang menjalani SPM. Sekolah lain lama sudah pdpr untuk F1 sampai F4. Tapi sekolah kami lain ya. Pengetua berkeras juga tidak mahu pdpr walaupun kemungkinan besar akan mengganggu pelajar exam. 

Tapi itulah kami kuli kuli saja patuh saja lah. Kalau minggu lepas diisi dengan projek STEM. Semuanya dijalankan di dewan sana. Jauhlah. Tak juga mengganggu budak SPM. Jadi berbalik kepada cerita aerodance, semua peserta telah buat yang terbaik ya. Best atau tak best je lah kahkah. Saya bukan juri tapi saya duduk satu baris dorang. Menyibuk kan haha. Jurinya adalah Jia, Kakda dan Sue. 

Kalau dari pemerhatian saya, pemenang yang saya pilih adalah kelas 3 Berlian. Keseragaman, koreografi, kepelbagaian dan segalanya adalah perfect bagi saya. Tidak boring tengok. No wonderlah sebab tauke menari dia ada di situ ya iaitu Izwan. Tapi baguslah dorang ni. Walaupun dalam kelas nampak pemalu, menari tak malu ya kahkah. Yang penting confident. Kalau nombor 2 mungkin 3 Intan tapi ada boring sikitlah. 

Yang lawaknya adalah geng si Rahman, Roma, Razlan dan beberapa orang lagi dari kelas 4 Mutiara. Comel lah dorang siap pakai spek hitam. Unexpected sangat dorang ni. Ada kelas yang budak dia konon tunjuk hebatlah sambil menari sambil kunyah chewing gum. Tak profesional langsung. Baru saya faham perasaan Cikgu Fadilah bila budak makan lolipop dalam kelas. Nampak tak beradab betul buat begitu.  

Kota Marudu, Sabah. 

No comments:

Post a Comment