Assalamu'alaikum WBT.
Hari ini Muhammad Wildan memasuki usia 5 bulan 7 hari alhamdulillah. Umi sangat bersyukur sebab Umi ada bersama Muhammad kali ini di saat Muhammad kena jarum. Terima kasih Ya Allah Kau berikan peluang ini kepadaku. Berat Muhammad alhamdulillah bertambah iaitu 9.2 kg berbanding bulan lepas 8.4 kg.
Sebelum gerak ke klinik, Abah dan Umi bawa Muhammad makan di kedai roti canai depan sekolah Tokmi dulu iaitu SKSRP (1) depan kubur. Umi makan roti kosong dan roti telur atau gabungannya dikenali sebagai roti kahwin. Abah pula makan roti kosong dan roti cotek. Lepas siap makan kami terus ke Klinik Kesihatan Gual Periok.
Punya lama menunggu giliran padahal tak ramai orang pun. Tapi tak apalah boleh tahan lagi daripada di Klinik Kesihatan Rantau Panjang. Muhammad ada menangis sikit lepas kena jarum. Macam menangis marah campur sakit serta malu. Haha sorry Muhammad. Umi gurau. Lepas siap di klinik kami ke Pasir Mas teman Abah dan Umi makan nasi kandar. Sekian.
Update:
Jam 10 malam. Badan Muhammad panas sikit. Mungkin effect daripada suntikan. In shaa Allah Muhammad anak Umi yang sihat, kuat dan ceria selalu. Semoga Allah sembuhkan panas Muhammad secepat yang mungkin. Muhammad kuat ❤️ Banyak kali Muhammad bangun minum susu dan tukar pampers. Ada menangis sikit tapi alhamdulillah masih terkawal.
Update:
Jam 5.30 pagi. Alhamdulillah Muhammad semakin baik. Badan pun makin berkurang panasnya. Mood pun semakin ceria dan aktif. Tapi Umi dan Abah lah terpaksa tahan mengantuk kahkah. Ndapa Muhammad, asalkan kau bahagia. Terima kasih Abah bangun banyak kali buatkan Muhammad susu. Terima kasih Umi dodoi Muhammad dan tukar pampers Muhammad.
Rantau Panjang, Kelantan.
No comments:
Post a Comment