Tuesday, February 13, 2024

BERABIS SHOPPING DI ECO



Assalamu'alaikum WBT. 

Hari ini kita bawa anak anak buah belah sana shopping di Eco Shop. Kalau tahun lepas bawa empat orang sahaja, tahun ini ada new addition hiks. Tahun lepas hanya ada Maisarah, Fawwaz, Husna dan Aishah. Tahun ini ada Irsyad. Dia dah besar, dah pandai berdikari daripada ikut Abah dan Umi nya. Kalau dulu asal tak nampak Abah atau Umi dia akan menangis. 

Jadi senanglah bawa dia ke sana sini. Yang lawaknya, kereta Poksu Mat ni kecil sahaja. Jadi berhimpitlah semua ya. Eh lupa! Ada yang terpaling new addition alhamdulillah iaitu Muhammad. Jadi satu seat sudah dia secure iaitu tempat dia punya carseat. Husna duduk atas riba Aishah, Irsyad atas Maisarah. Fawwaz pula dengan saya di depan. Nasib lah kedai nya dalam 7 minit saja dari rumah. 

Membeli sakanlah budak budak itu. Diambilnya troli dengan alasan takut susah nak kawal Irsyad, jadi letak di seat troli. Tapi tujuan asalnya untuk mudah membaling barang haha. Satu orang boleh beli 3 barang. Dah nak habis shopping, demand pula nak tambah 1 lagi barang setiap seorang. Saya pun kasi on saja lah. Bukan selalu kan dapat peluang itu. 

Tak lupa juga nak belikan untuk anak buah di rumah Ma iaitu Adam dan Afwa. Mereka ada dekat sana sebab Kak Zakiah ke klinik buat medical check up untuk posting COS. Suka sangat tengok mereka enjoy membeli dan makan. Alhamdulillah atas segala nikmat yang telah Allah berikan kepada diri ini dan juga sekeliling. 

Sorry Muhammad ini kali kita bagi peluang dekat sepupu kamu ya beli itu ini. Kamu punya Umi beli tisu basah saja kahkah. Abah dan Umi beli minuman kotak saja. Tengok anak buah membeli pun dah kenyang rasa haha. Bila lah saya boleh bawa Iman, Abdurrahman dan Abdullah Abbas pula membeli di kedai. 

Rantau Panjang, Kelantan. 

No comments:

Post a Comment