Assalamu'alaikum WBT.
Tanggal 8 Februari 2024 adalah tarikh Tokmi Muhammad bersara setelah 34 tahun perkhidmatan, alhamdulillah. Itu belum kira yang Umi jadi guru sandaran sebelum melanjutkan pelajaran di maktab. Sekolah pertama Umi posting adalah di SK St. Agnes, Sabah kalau tidak silap lah, selama 4 tahun.
Sekolah kedua Umi berkhidmat adalah di SK Sri Rantau Panjang 1 selama 22 tahun dan akhirnya bersara di SK Gual Tinggi setelah 8 tahun perkhidmatan. Begitulah sedikit sebanyak perjalanan Umi sebagai pendidik. Rasa macam tak percaya Umi sudah pencen. Banyak pengalaman manis saya hadapi sebagai seorang anak cikgu.
Kebanyakannya adalah pengalaman manis lah. Malah macam tiada pula pengalaman tidak bagus sepanjang bergelar anak cikgu. Hihi alhamdulillah. Sepatutnya Umi mula pencen pada 23 Februari iaitu pada hari lahir Umi namun ketika itu adalah cuti sekolah. Jadi sebab itulah majlis itu diawalkan.
Rantau Panjang, Kelantan.
No comments:
Post a Comment