Saturday, February 3, 2024

JAMUAN AKHIR TAHUN ASRAMA 2023

Aveney dan Sue.
Neilda dan Elvy.
Syahirah dan Kakda.
Noah dan Cikgu Diana.
Suasana makan malam.

Assalamu'alaikum WBT.

Alhamdulillah selesai sudah majlis jamuan akhir tahun asrama bagi tahun 2023. Perjalanan persiapannya sangatlah memenatkan namun saya gembira dan bersyukur kerana semuanya berjalan dengan lancar dan jayanya. Guru pun ramai yang supportive ya tahun ini, tidak macam tahun tahun dulu. Terima kasih semua yang sanggup hadir sama ada dekat atau jauh. 

Pakaian malam ini santai sahaja. Tiada tema atau warna spesifik pun. Tarian sambut tamu juga tiada. Saya rasa itu adalah misi Cikgu Faidal perlahan lahan menghapuskan adat tersebut ya. Beliau menggunakan haknya sebagai ketua warden dan mengubah sedikit demi sedikit. Okay juga begitu. Tapi menyanyi itu memang tak boleh luput lah kalau di sini. Wajib kali.

Makanan pun alhamdulillah okay walaupun dari dewan makan saja. Ada kena bagi ais krim juga. Itu saya suka sangat. Kalau kamu tengok bridal itu, saya yang tempah hiks. Total bridal RM700, cantiklah dia hias pentas dan dewan. Yang pagi Jumaat kemarin saya dan Sue keluar jam 10 pagi untuk ambil banner di Taman JJ di pekan. Berabis ya tekan minyak kereta. Hiks. Berbaloi lah. 

Ada tarian tiktok kunun. Ada live band yang entahlah macam mana kejadiannya haha. Kalau tahun depan saya rasa tidak perlu kot itu live band. Lain lah kalau sedap sikit nyanyiannya haha. Nyanyian solo tahun ini tiada. Ada koir dipersembahkan oleh budak form 5. Tapi satu lah nak cakap dorang punya pakaian macam seolah dorang unduk ngadau. Punya seksi hmm.

Apapun alhamdulillah semuanya berjaya walaupun masa rehearsal hancur betul kahkah. Hampir give up yang part medley lagu. Tahniah semua AJK especially Dixie dan Hechri mengawal semuanya. Ouh satu lagi yang pagi tadi saya dan Sue keluar jam 10 pagi dan balik dalam jam 4 petang sebab pergi beli hadiah. Punya penat! Balik terus join rehearsal dan bungkus hadiah tapi minta tolong budak lah.

Siap semuanya dalam jam 6 petang lebih sikit. Lepas itu saya terus mandi, gosok jubah dan tudung labuh dan siap. Entah kenapa tiber pakai macam ustazah betul kan haha. Lepas siap kami turun terus sebab ada hadiah dalam kereta saya kena angkut ke dewan. Jam 7.30 kami sampai dewan. Kali ini kami awal dari pengetua kahkah. Kalau tidak kena marah lagi macam tahun lepas.

Satu lagi saya nak cakap! Saya geram betul masa part bagi hadiah iqra, saya kena naik pentas sekali. Saya tak suka! Dahlah kawan kawan gelakkan saya haha. Tak apalah benda dah lepas. Untuk makluman sebenarnya dalam kertas kerja, nama program kami malam ini adalah Majlis Anugerah Akademik dan Ko-Kurikulum Peringkat Asrama SMK Tandek 2.

Kota Marudu, Sabah.

No comments:

Post a Comment