Assalamu'alaikum WBT.
Hari ini Muhammad dan family jalan ke Tumpat melawat besan Ma aka ayah kepada Abe Syahmi yang baru saja menjalani pembedahan. Perjalanan memakan masa dalam 1 jam juga lah dan sepanjang perjalanan, Muhammad tidur dengan nyenyaknya alhamdulillah. Mungkin sebab baru lepas mandi kan. Badan pun segar. Tidur pun selesa.
Keluarga Abe Jani dan Kak Nurul pun ikut sekali. Kami di rumah Abe Syahmi dalam 25 minit saja rasanya. Lepas itu kami ke kedai Kak Chik Nasi Berlauk juga di Tumpat. Boleh tahan sedap makanan dekat sana alhamdulillah. Terima kasih Kak Nurul belanja. Hiks. Lepas siap makan, keluarga Kak Nurul termasuk Aishah peegi ke Mydin Mall.
Yang dalam kereta Abah Muhammad balik ke rumah terus sebab kerusi roda Ma ada di rumah Kak Siti di Pengkalan Chepa. Kalau ada kerusi roda, Ma pun nak ikut. Tapi saya bersyukur tak perlu ke sana sebab penat ditambah lagi saya, Muhammad dan Abahnya baru saja menghabiskan masa di Mydin Mall selama 6 jam beberapa hari lepas. Itu sahaja cerita saya. Sekian.
Rantau Panjang, Kelantan.
No comments:
Post a Comment