Thursday, February 1, 2024

BERPANAS HATI

Assalamu'alaikum WBT. 

Kepada sesiapa yang mempunyai keinginan untuk menjadi guru, fikirlah balik. Ada masa lagi kau tukar kos. Begini lah ini, berpagi di hari pertama di bulan Februari dengan panas hati dengan budak ya. Dorang ini saja mencabar aku. Dorang belum tengok lagi Ustazah Syahirah mengamuk. Hiks.

Pandai mengamuk juga aku ini kalau kau betul betul mencabar aku. Pandai jadi Hulk juga aku. Geram saja aku mau cakap itu ini. Tapi sebagai guru yang baik, kita mesti menjauhi perkataan yang sensitif. Juga menjauhi perbuatan yang boleh memudaratkan diri dan orang lain. 

Dahlah hari ini saya datang sekolah lambat hihi. Jam 7.03 pagi baru saya punch. Sebenarnya saya dah bangun bersahur makan donut jam 4.59 pagi. Call Abah Muhammad konon kejutkan bangun lah padahal dah bangun pun hmm. Lepas itu saya tidur balik. 

Datang sekolah tiba tiba kena uruskan buku teks pula. Bukan saya satu orang lah, ada juga geng untuk sama sama pening kepala iaitu semua penyelaras buku teks lah. Alhamdulillah mood saya hari ini okay. Jadi tidaklah stress sangat menghadapi semua ini ya. 

Doakan saya ada 3 hari lagi untuk ganti puasa. In shaa Allah kalau berjaya puasa hari ini sampai azan Maghrib, tinggal lagi 2 hari. Satu pencapaian yang sangat baik ya. Setakat ini saya sudah berjaya ganti 16 daripada 19 hari. Saya bangga dengan diri saya.

Baiklah sampai di sini dulu coretan pagi yang penuh dengan huru hara. Saya nak siapkan moderasi UASA dulu. Tapi masalahnya pen hijau saya tak ada. Si Danial pinjam tidak pandai pulangkan. Tapi saya dah halalkan lah memandangkan dia pun sudah jauh nun di sana. 

Update: Saya period! Nampaknya tidak berjaya menghabiskan ganti puasa sebelum cuti. Ndapalah ada lah hikmahnya itu kan. Jadi kena ganti lagi 3 hari. Sekian. Sempat lagi pergi makan dengan geng di kantin tadi. Sue, Aveney, Jia, Cikgu Vedi, Diana dan Neilda. 

Kota Marudu, Sabah.

No comments:

Post a Comment