Friday, February 2, 2024

MAJLIS APRESIASI SMK TANDEK 2


Assalamu'alaikum WBT. 

Hari ini adalah hari di mana majlis apresiasi guru dan staf diadakan di foyer. Banyak menu yang disediakan. Antaranya adalah ayam bbq, kek, brownies, nasi putih, satay, kelupis dan sebagainya. Hari ini kami meraikan satu sama lain. Bertukar tukar hadiah. Guru yang berkahwin dan melahirkan juga dapat hadiah. Guru yang pindah pun dapat hadiah. 

Sepatutnya saya dapat dua hadiah, iaitu yanh berkahwin dan melahirkan. Tapi Cikgu Neckly cakap tak cukup bajet. Padahal lebih pun. Tapi ndapalah. Tiada apa juga. Lagipun saya yang kena uruskan hadiah tersebut. Lagi malu kalau saya pandai pandai beli kan lebih untuk saya. Saya beli bekas tapau, kain lap dapur dan letak dalam beg diy. Umi cakap saya cerdik beli hadiah begitu. 

Orang yang dapat hadiah itu pun suka sebab boleh tapau terus makanan yang tidak habis kahkah. Alhamdulillah. Untuk tukar tukar hadiah, saya dapat Elvy dan saya bagi dia perfume. Dia suka sangat walaupun dia tak tahu siapa yang bagi. Terima kasih Elvy kerana menghargai. Chlista dapat saya. Hiks. Terima kasih Chlista! Tahniah juga bakal menimang cahaya mata kedua. 

Chlista 14 minggu sudah. Anaknya yang first baru 5 bulan lebih. Rezeki kan alhamdulillah. Baiklah sampai di sini dulu coretan saya. Apapun saya sangat gembira dengan majlis hari ini. Edrick pun in shaa Allah akhir bulan 2 ini akan menimang cahaya mata pertama. Semoga yang baik baik saja untuk mereka semua.  

Kota Marudu, Sabah. 

No comments:

Post a Comment