Thursday, February 8, 2024

MUHAMMAD TUNGGU UMI DATANG


Assalamu'alaikum WBT. 

Setelah 1 bulan 8 hari berjauhan dengan anakku dan keluarga terchenta, akhirnya tiba jua hari ini alhamdulillah. In shaa Allah saya punya flight jam 5.25 petang. Kami semua satu flight, duduk pun dekat dekat. Kakda, Basirah, Kak Fatma dan saya. Hiks. Debaran kian terasa. Excited mau jumpa semua. 

Hanya Allah yang tahu apa yang ku lalui sepanjang berjauhan dengan keluargaku terutamanya anak kecilku. Cuti aku hanya satu bulan, berpisah lagi lepas ini. Entah sampai bila keadaan akan berterusan begini. Entah sampai bila anakku lebih terbiasa dengan orang lain berbanding ibunya sendiri. 

Kami ke KK dalam jam 11 pagi. Saya dan Kakda lari awal ya dari sekolah kahkah. Memang kalau tak keluar awal, semput masa. Lagipun hari ini hanya pendaftaran tingkatan 1. Kami settle awal sebab di bahagian pendaftaran. Kami ke Kepayan rumah Danial, ambil dia dan dia hantar kami ke airport guna kereta saya. 

P/S: Happy birthday Ustaz Mun'im yang ke 42 tahun. Semoga dipermudahkan segala urusan Ustaz. Semoga yang baik baik saja untuk Ustaz in shaa Allah. 

KKIA, Sabah. 

No comments:

Post a Comment