Thursday, July 30, 2020

Balik Kampung di Pahang

Balik Rumah Tok Aki


Pukul 8 pagi tadi saya dan keluarga bertolak pulang ke kampung halaman Abah di Felda Ulu Jempol di Jerantut, Pahang. Turun dari rumah, pergi rumah Cik Ani dulu, adik Umi untuk ambil popia frozen.

Setelah itu, terus bertolak dan sampai di R&R Gua Musang, kami berhenti untuk makan dulu sebab tak sempat makan lagi kan, sebab keluar awal pagi. Dalam pukul 12 lebih tengah hari, siap makan kami terus bertolak lagi.

Alhamdulillah dalam pukul 3 petang lebih, kami selamat sampai di rumah Tok Aki setelah setahun tak berjumpa. Maklumlah duduk jauh-jauh kan, boleh jumpa setahun sekali saja.

Sampai-sampai saja, saya salam dengan family Pahang dan terus buka laptop untuk buat article review subjek Islamic Theological Thought. Alhamdulillah dah siap, tapi jangan hooray dulu sebab ada satu lagi assignment untuk subjek ni iaitu video review.

Doakan saya kuat ya. Doakan saya rajin. Terima kasih. Sekarang rasa macam nak makan, nak solat dan nak rehat. Malam ni in shaa Allah sambung buat assignment. Allahu nanti apalah Tok Aki dan makcik-makcik kata. 

Dahlah balik jarang-jarang, balik je hadap laptop, tak bergaul dengan mereka. Tapi ini bukanlah pilihan saya. Saya terpaksa siapkan assignment sebelum 31/7 iaitu esok. Ini pun saya punya tanggungjawab kan sebagai pelajar.

Rugi rasa kalau balik Pahang, tak jalan-jalan keliling kampung. Tapi biasanya saya jalan paling jauh depan pagar rumah Tok Aki je. Hihi. In shaa Allah hari ni jauh sikit kalau sempat.

P/S: Saya ada sepupu baru! Anak makteh comel giler! Hihi okay bye.

Nightmare

An Unfortunate Event

Allahu, semalam adalah hari gelapku kerana sesuatu yang memalukan telah terjadi. Apa yang berlaku?

Di kala aku kalut bercakap dengan adikku, dan aku sedang dalam online class, aku tidak sedar yang aku terbuka camera dan audio di Google Meet, dan apa yang lagi menyakitkan adalah aku tidak menutup auratku.

Sekelas melihat aku dengan tidak bertudung. Apa yang harus aku lakukan? Sekejap aku rasa dunia ini seperti mimpi dan aku berharap yang itu hanyalah sekadar mimpi, namun ia adalah realiti.

Realiti yang menyakitkan. Rather than concerning about my ugly face at that time, I was more concerned about accidentally revealing my aurah. Forgive me ya Allah. I blamed myself for being so careless.

But I'm glad that all my classmates were very cool, say nothing and just pretended like it never happened. Thanks my friends! 

Adikku cakap yang mukaku pucat sekejap lepas apa yang terjadi tu. Masa tu aku tengah berharap yang itu hanya mimpi dan cuba untuk fikir keadaan itu sekejap. Yalah siapa yang tak pucat kan bila kita dilihat tidak bertudung di depan orang asing lagi-lagi lelaki.

Pengajarannya, lain kali berhati-hatilah. Sentiasa bersedia depan telefon dengan menutup aurat dengan sepenuhnya supaya kejadian seperti ini tak akan berlaku lagi. In shaa Allah.

30/7/2020 (Thursday)
At Tok Aki's house, Jerantut Pahang.

Monday, July 27, 2020

Selesai Sudah Exam BM

Alhamdulillah syukur pada Allah kerana telah mempermudahkan segala urusanku untuk menjawab kedua-dua peperiksaan Bahasa Melayu. 

Tapi result nya tak tahulah macam mana sebab ada yang saya mengarut saja sebab buntu. Hihi. In shaa Allah cemerlang. Aamiin ya Rabb. 

Tapi, banyak lagi assignment lain kena buat. Ditambah lagi dengan pop quiz. Fuhhh dahlah 10 markah dan diberi masa sejam saja. 

Apa-apapun, terus berdoa kepada Allah agar dikuatkan diri dan dirajinkan untuk menyelesaikan segala assignment yang menggunung itu. 

Aamiin ya Rabb. 

P/S: Say NO to procrastinating. 

الطريقة المفضلة في تدريس اللغة العربية

السؤال: إذا كنت مدرس اللغة العربية، فما الطريقة المفضلة عندك في تدريس اللغة العربية؟

إذا كنت مدرس اللغة العربية، الطريقة المفضلة عندي في تدريس اللغة العربية هي تعويد الطلاب بالأناشيد في اللغة العربية لكي اكتساب المفردات الجديدة والمتنوعة والمختلفة حسب مرادفاتها ومضاداتها. وفي رأيي أنا، هذه الطريقة مناسبة لجميع المستويات سواء أكانت المبتدئين أو المتوسطين أو المتقدمين لأنها طريقة بسيطة وسهلة للفهم والتذكر. 

وبالإضافة إلى ذلك، هي طريقة ممتعة ورائعة باستخدام عديد الموسيقى. والنتيجة من هذه الطريقة هي الطلاب يتذكرون الأناشيد المسموعة في المدة الطويلة. لذلك، هذه الطريقة تجذب الطلاب للاستماع إليها وتساعدهم في تعلم اللغة العربية بالفعالة والسهولة، والحصول على المفردات العديدة. وفي نفس الوقت، تشجع الطلاب في استخدام التراكيب الصحيحة والقواعد الدقيقة.

على سبيل المثال، يمكن أن تتضمن الأناشيد على القصص القصيرة باستخدام المفردات البسيطة والكلمات الشائعة. من أمثلة مواضيعها، منها "ما أجمل السماء" و"أسرتي السعيدة" و"ما أطول المباني" وغير ذلك. وبالإضافة إلى ذلك، يمكن أن تتضمن الأناشيد على الكلمات المستخدمة في الحياة اليومية والمتعلقة بالأساسيات اليومية. منها، المهنة وأدوات المدرسة والأمراض والأماكن والألعاب والحيوانات والألوان وأثاث البيت والملابس وأعضاء الجسم وأفراد الأسرة وغير ذلك.

وفي رأيي أنا، شتان هذه الطريقة بالطريقة التقليدية أينما المعلم يدرس ويتكلم بنفسه ولا يشترك الطلاب في عملية التعليم والتعلم. ولذلك، يكون الدرس مملا وغير فعالا. وخلاصة القول، أنا أعتقد بأن الطريقة المفضلة عندي في تدريس اللغة العربية هي باستخدام الأناشيد في اللغة العربية لأن لها فوائد ومنافع كثيرة.

P/S: Quiz 3 (Methods of Teaching Arabic Language 1)

Sunday, July 26, 2020

Final Weeks

    Semester 2, 2019/2020

    Most Important To-Do List
    1. Exam II Bahasa Melayu (27/7)
    2. Radio Method (29/7)
    3. Reflective essay Qawaid (31/7)
    4. ITT video report (1/8)
    5. ITT article review (1/8)
    6. Micro-teaching Method (2/8)
    7. BM group presentation (5/8)
    8. Laporan BM (8/8)
    P/S: I'm nervous! 

    Saturday, July 25, 2020

    Perkongsian Hadith #2

    عن أنس بن مالك رضي الله عنه عن النبي صلى الله عليه وسلم أنه قال: بحسب امرئ من الشر أن يشار إليه بالأصابع في دين أو دنيا إلا من عصمه الله. رواه الترمذي

    Sayyidina Anas bin Malik R.A. meriwayatkan bahawa Nabi S.A.W. bersabda, "Seseorang yang dituding jari kerana hal-hal dunia atau agama sudah cukup menunjukkan dia seorang yang buruk kecuali sesiapa yang dipelihara oleh Allah S.W.T." (Tirmizi)

    Keterangan: Dituding dengan jari-jari bermaksud masyhur. Maksud hadith di atas ialah masyhur kerana agama adalah lebih berbahaya daripada masyhur kerana dunia. Ini adalah kerana untuk mengelakkan berasa besar diri (takbur) setelah masyhur bukan perkara yang mampu dilakukan oleh semua orang. Namun, jika kemasyhuran seseorang itu diberi oleh Allah S.W.T. tanpa diusahakan dan Allah S.W.T. semata-mata dengan rahmat dan kurniaan-Nya memelihara orang itu daripada godaan nafsu dan syaitan maka kemasyhuran untuk orang-orang yang ikhlas sedemikian tidaklah berbahaya. 

    Sumber: Muntakhab Ahadith (Syaikh Muhammad Yusof Kandhalawi rahimahu Allah) Page 535

    Satu Hari di IIUM

    Alhamdulillah dah selamat sampai rumah pagi tadi. Pagi semalam sampai dalam pukul 6 pagi, dan start kemas barang dekat pukul 10 pagi. Tak banyak sangat pun barangnya. Separuh letak di rumah kakakku. 

    Excited betul adikku bila dapat menjejakkan kaki sekali lagi di sana selepas lima tahun. Cuma aku terkilan sedikit kerana dia tak sempat pun bergambar sebagai kenangan kerana kekangan waktu. Salahku juga kerana tak pandai manage masa.

    Tak apalah. Kalau ada rezeki, boleh lah jejakkan kaki di sana lagi ya. Lagipun asasi sekarang lebih kurang setahun saja. Lepas tu dah boleh masuk degree di main campus. 

    Sempat juga jumpa kawanku, Najwa. Rindu sangat, tapi malangnya tak boleh bersalaman dan berpelukan sebab musim coronavirus ni kan. Lagipun adikku strict sangat, persis menteri kesihatan aku tengok.

    Tapi baguslah. Mencegah lebih daripada mengubati. Jadi, kosonglah bilik kesayanganku itu. Rasa sedih pun ada sebab dah sebati dengan tempat tu. 

    Pukul 8 malam bertolak balik ke kampung halaman dan selamat sampai pada keesokan harinya pada pukul 5 pagi. Alhamdulillah. Terima kasih ya Allah kerana mempermudahkan perjalanan kami.

    Okaylah, sampai di sini dulu coretanku sebab nak potong perut lembu dalam sup yang tengah mendidih tu. Hihi. Bye!

    P/S: Rupanya suntuk sangat masa nak kemas tu. Baru saya sedar. Bayangkan kalau orang yang barangnya banyak. Allahu.

    Thursday, July 23, 2020

    IIUM, Please Welcome Me!

    Malam ini in shaa Allah saya dan adik akan bertolak ke IIUM atas urusan yang tidak dapat dielakkan lagi. Apakah urusan itu?

    Hmm kena kosongkan bilik sebab dah nak habis sem ni. Kalau tak, kena bayar sebab kiranya macam kita sewa kan. Jadi terpaksalah saya mengangkut adik saya sekali untuk ke sana.

    Apakah fungsi adik saya itu? Haa dia kena tolong saya kemas barang dan bawa barang ke bas untuk balik rumah balik.

    Mungkin saya akan letak separuh barang di rumah kakak saya. Barang yang akan digunakan lagi sem depan di universiti.

    Trip bas untuk clearance barang ni satu hari je. Sampai sana pagi, malam tu kena bertolak balik dah. Jadi kena gunakan masa sebaiknya untuk kemas barang.

    Alang-alang ke sana, in shaa Allah saya akan bawa adik saya jalan-jalan tengok kulliyyah saya, tapi lepas siap kemas baranglah. 

    Hmm okaylah. Saya kena start buat reflective essay 30 markah tu. Fuhhh kemalasan ini hampir membunuh saya. 

    P/S: Sebenarnya saya malas naik bas lama-lama tapi memang terpaksalah sebab kalau tidak kena bayar hampir RM400. Baik saya beli makanan dengan duit tu. 

    Sekian, terima kasih.

    Wednesday, July 22, 2020

    Tense Moment

    My First Ever Online Exam

    Pertama kali menjalani peperiksaan secara online, sangat menakutkan. Punya sejuk tanganku tadi. Sebenarnya takut sebab jawab exam lah kan, dan juga takut tiba-tiba internet connection buat perangai.

    Tadi dah hampir-hampir sebab hujan lebat, nasib baik tak kilat, alhamdulillah. Daku guna exam.net, pada hematku, ia adalah satu apps yang boleh tahanlah. Alhamdulillah setakat ini tiada masalah.

    Masa yang diberikan hanya 75 minit. Tinggal lapan minit lagi sebelum masa berakhir tadi, hmm macam mana tak nervous kan. Takut sangat tak sempat siap, lagi-lagi kawan-kawanku yang lain semua submit awal.

    Tapi, alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar, terkawal dan dipermudahkan oleh Allah sepanjang peperiksaan berjalan. 

    Peperiksaan BM seterusnya akan diadakan pada 27 Julai 2020, lagi lima hari. Hmm sempat ke study? Ada reflective essay lagi, 30 markah tahu tak? Hmm bolehkah daku siapkan dalam masa terdekat.

    Ada article review lagi, video lagi, hmm macam manakah nasibku? Masalahnya daku tak pandai menguruskan masa. Tolong doakan ya supaya daku dapat menyiapkan segala assignment dengan jayanya. Aamiin ya Rabb.

    Okaylah, sampai sini dulu ya sebab daku mahu ambil adikku di tahfiznya. Bye assalamu'alaikum. Jumpa lagi di post seterusnya, in shaa Allah.

    Tips Belajar Bahasa Arab

    Assalamu'alaikum semua!

    Saya ada tips untuk belajar bahasa Arab dengan mudah. Mula-mula mestilah kena start dengan kemahiran mendengar kan. Jadi, ada beberapa tips yang saya ingin kongsikan, in shaa Allah berkesan dan menarik. 

    Yang pertama, menonton video bahasa Arab. Saya tengok adik saya buat cara ni, sekarang dia dah banyak vocab bahasa Arab, alhamdulillah. Haa saya bagi link okay, nanti tontonlah. Satu video sehari pun dah cukup. Bahasa yang digunakan juga mudah.

    1. قصص واقعيه جميله و ممتعه
    2. قصص واقعيه جميله و مميزه عن اغرب قضية بر و المراه العجوز
    3. قصص واقعيه جميله و مميزه

    Yang kedua, menonton video nasyid bahasa Arab. Lagu yang digunakan adalah yang sedia ada, tapi lirik diubah kepada bahasa Arablah. Saya rasa berkesan juga sebab lagu menarik sikit, catchy dan mudah dihafal.

    1. https://youtu.be/nRhgEtmJu5A
    2. https://youtu.be/JXxKZQg9igo
    3. https://youtu.be/QwBbtKyNBOU
    4. https://youtu.be/G9dqAfTakVM
    5. https://youtu.be/G3nuKxLrhsY
    6. https://youtu.be/WHe0wGoHdC0

    Saturday, July 18, 2020

    Kawan Sekolah Menengah

    Apa khabar kawan sekolah menengahku agaknya? Semoga semuanya dalam keadaan sihat walafiat. Lama benar aku tak bertanya khabar mereka, dan mereka pun tak bertanya khabarku.

    Itu perkara biasa bila kita berada jauh daripada satu sama lain. Semua belajar di tempat yang berbeza, tinggal pun bukan dalam kawasan yang sama, nombor mereka pun tidak ku simpan dalam Contacts. Hihi.

    Baru-baru ini aku mendapat perkhabaran duka bahawa kawan sekolahku, yang sebenarnya bukan kawan pun tapi batch yang sama, telah menghadap Ilahi kerana terlibat dalam kemalangan.

    Jujur aku beritahu, beliau adalah seorang yang sangat baik ketika sekolah dulu, tak bercakap banyak, tak ganggu perempuan, dan secara ringkasnya memang beliau seorang yang baik. 

    Beliau bekerja di Pantai Timur dan setiap kali kukunjungi pusat membeli belah itu, pasti aku akan terlihat dirinya di bahagian cashier. Namun kini, tiada lagi kelibatnya. Semoga Allah menempatkan beliau di syurga Firdaus. Aamin ya Rabb. 

    Berbalik kepada cerita asal, ramai kawan-kawan sekolah menengahku sudah habis belajar di universiti di peringkat diploma dan degree, sedangkan aku masih merangkak di sini menyiapkan assignment yang langsung tidak menunjukkan tanda-tanda untuk berkurang. 

    Ada yang sudah mendirikan rumah tangga dengan pilihan hati mereka, mempunyai anak-anak yang comel dan ada juga yang sudah mempunyai pekerjaan yang tetap. 

    Tapi aku percaya, takdir seseorang itu sudah tertulis. Aku tidak akan mengeluh, malah aku akan berusaha menjadi lebih baik dan menjalani kehidupanku dengan positif dan menjadi hamba Allah yang taat. 

    Subjek Bahasa Melayu

    Alhamdulillah hari ini diberi oleh Allah akan nikmat untuk terus bernafas dan menjalani kehidupan sehari-hari. Haa, inilah kesan belajar bahasa Melayu ya. Formal betul ayat. Hihi. 

    Sem ni kena ambil BM Kerjaya (Sains Sosial), ingatkan mudah lah kan sebab kita ni orang Melayu. Takkan tak pandai bahasa Melayu.

    Tapi salah tanggapan tu. Subjek ni banyak belajar pasal fakta, jadi rumit sikit lah. Rupanya banyak benda aku tak tahu. 

    Kena belajar macam mana nak buat surat rasmi, protokol panggilan hormat, komunikasi, minit mesyuarat dan banyak lagi lah. 

    Friday, July 17, 2020

    Perkongsian Hadith #1

    عن أبي الدرداء رضي الله عنه قال: سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول: فرغ الله إلى كل عبد من خمس: من أجله ورزقه وأثره وشقي أم سعيد. رواه أحمد

    Sayyidina Abu Darda' R.A.  berkata bahawa beliau telah mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda, "Allah S.W.T. telah selesai menulis lima perkara tentang setiap orang hamba; ajalnya, rezekinya, umurnya, celaka atau pun bahagia." (Musnad Ahmad)

    Sumber: Muntakhab Ahadith (Syaikh Muhammad Yusof Kandhalawi rahimahu Allah) Page 59

    Pros & Cons of Group Work

    لا تسألون لا تتعلمون

    Bila belajar di universiti ni, tak sah kalau tak ada assignment, presentation atau apa-apa assessment lah kan. Biasanya semua kerja ni dibuat secara berkumpulan kecuali article review atau lain-lain.

    Jadi, bila kerja berkumpulan ni, banyak kebaikannya sebenarnya dan banyak juga kelemahannya. Jadi, hari ini saya nak kongsi beberapa point lah berkaitan dengan tajuk hari ini. Hihi.

    Pertama sekali, bila kerja berkumpulan, biasanya kerja kita jadi cepat siap sebab kita bahagikan tugas kan. Lagi, kita rasa macam semangat sikit sebab rasa macam sentiasa ada orang support kita.

    Lagi, contoh bila kita kena buat report kan, kita akan sama-sama check dan betulkan kalau ada kesalahan ejaan ke  font, justify ke tak, dan banyak lagi lah. Jadi, bestlah kalau part tu.

    Namun, dari segi kelemahannya, daripada pengalaman saya, biasanya susah nak dapat kata sepakat. Contohnya, bila berkaitan dengan bahasa Arab lah, kadang-kadang kita ego nak tanya sama ada baris perkataan tu betul ke tak, betul ke cara baca.

    Jadi, bila submit, sah-sah lah benda tu salah dan pemarkahan dikira berdasarkan kerja kumpulan itulah, bukannya lecturer tanya part ni siapa yang buat, part tu siapa yang buat. Jadi, ia menjejaskan individual punya markah.

    Hmm tak tahulah boleh difahami tak apa yang saya cuba sampaikan ni. Tapi kadang-kadang saya rasa sakit hatilah. Kita nak betulkan banyak kali pun, nanti mereka fed up. Jadi, yang mampu saya buat adalah berdiam diri.

    Basically, ini bukan pasal pros and cons pun, cuma lebih kepada mengeluarkan isi hati ini, haha. Tapi bukan mengeluh kan? Harapnya kita sama-sama bekerjasama dan saling bertanya kalau tak tahu.

    Jangan rasa malu nak bertanya. Jangan takut orang kata kita tak pandai. Nama pun pelajar kan, biasalah kalau kita tak tahu benda tertentu tu. Malu bertanya, sesat jalan. 

    كلمة اليوم

    1. تاب إلى - bertaubat kepada
    2. تاب على - menerima taubat
    3. بقال - penjual sayur
    4. حداد - pembuat besi
    5. فقر - papa kedana
    6. تنوم - pura-pura tidur
    7. خرب - memusnahkan
    8. خزي - kehinaan
    9. سفه - bodoh

    Thursday, July 16, 2020

    قصة حي بن يقظان

    الصفحة الأولى


    المفردات
    1. إزاء - مقابل \ قريب
    2. أكناف - مكان
    3. عامرة - ناس كثيرون
    4. الأنفة - التكبر
    5. (cemburu) الغيرة - الشعور تجاه من يحب  
    6. (rupawan) حسن باهر - جميلة جدا
    7. عضل - صعّب الأمر
    8. (sekufu) كفؤا - رجل مناسب 
    9. وضعت - ولدت \ أنجبت
    10. يُفْتضح - يُعرف \ يُنكشف
    11. تابوت - صندوق من الخشب أو الحديد
    12. أروته من الرضاع - سقطه من اللبن
    13. الأحشاء - البطون

    Tuesday, July 14, 2020

    Bangga Dengan Adikku

    Aku bangga dengan adik perempuanku. Dia punya effort untuk belajar bahasa Arab sangat kukagumi. Antara caranya adalah menonton video bahasa Arab di YouTube, yang papar kisah-kisah. 

    Bagus budak! Teruskan perjuanganmu okay. Jangan putus asa. Aku akan sentiasa mendoakanmu.

    Dah tak sabarlah tu nak masuk universiti. In shaa Allah bulan 8 ni dia daftar asasi di CFS Gambang, Pahang. Dekatlah dengan kampungku di Pahang.

    Kenangan Kelas Sukan

    Tahun Kedua Semester Satu


    Setiap minggu pada hari Selasa, kena pergi padang ragbi untuk kelas ni. Dah tak ingat dah nama kelas, hihi. 

    Jadi, pagi-pagi dalam pukul 7.45 pagi dah kena tunggu bas sebab tempat tu jauh sikit walaupun dalam kawasan universiti.

    Jadi, kena pakai baju sukan sebab ada tiga permainan yang pelajar kena buat dan markah untuk setiap permainan adalah 20 markah. Banyak kan?

    Tapi saya rasa macam tak cemerlang sangat main sukan-sukan yang ditetapkan tu. Jadi, struggle sikit lah. Nasib baik Dr. Ridhuan Abdullah bagi chance berlatih banyak kali.

    P/S: Esok saya present BM in shaa Allah. Tajuknya "Kartun Animasi Buatan Malaysia". Doakan saya ya!

    Anak Saudara Roommate

    Cute Boys

    Sepanjang kehidupan saya di universiti, setiap tahun roommate saya bertukar-tukar. Maksudnya saya tak ada roommate yang tertentu yang dirancang untuk duduk sekali. Jadi, setiap tahun dapat roommate random, atas nasihat Umi juga.

    Alhamdulillah setakat ni semua roommate saya okay. Masa saya first year, roommates saya adalah senior, iaitu Kak Laila, Kak Aisyah dan Kak Atikah. Jadi nak cerita di sini pokok pangkalnya Kak Aisyah, kakak dia selalu juga datang melawat.

    Dan kakak dia ada dua orang anak. Setiap kali mereka datang ke bilik, anak-anak dia mesti masuk compartment saya. Cerdik sangat kedua-duanya. Tak silap saya nama mereka Fahad dan Ariq. 

    Saya selalu bagi saya punya coloring book dan pensel warna untuk diorang guna dan saling mewarna lah sementara tunggu mak dan makciknya bersembang. Suka sangat tengok diorang. Dah besar mana agaknya diorang sekarang.

    Kak Aisyah pun dah habis belajar. Dia ada cakap pakwenya orang Kelantan, haha. Di mana pun Kak Aisyah sekarang, saya doa semoga dia sentiasa dalam keadaan baik dan berjaya dunia akhirat. Aamiin ya Rabb.


    Comel je diorang ni.

    Final Exam Second Year


    Punya semangat aku jawab exam. Ingat lagi masa ni saya datang lambat ke kelas untuk final exam. Saya pun tak tahu kenapa. Hmm malam sebelum tu saya tak tidur langsung sebab study last minute untuk exam subjek ni.

    Padahal saya ada dua paper hari tu, tapi sebab carry mark subjek ni rendah, jadi saya usaha lebih sikit berbanding subjek satu lagi. Lepas habis dua-dua exam tu baru saya tidur dengan lenanya. 

    Salah saya juga sebab procrastinate kan. Tapi alhamdulillah dapat jawab paper ni dengan jayanya, dengan izin Allah. Jadi tolong jangan tangguh kerja ya, tangguh study ke. Nanti ia akan memakan diri kita juga.

    14/7/2020 (11.14 AM)
    Dalam bilikku yang sudah kemas.

    Throwback Gambar First Year

    Kenangan Bersama Dr. Sueraya Che Harun


    Rasanya masa ni ambil subjek Lexicography, diajar oleh lecturer yang cun melecun iaitu Dr. Sueraya Che Harun. First year first sem masa ni kalau tak silap. Kenapa semua nampak pucat, haha.

    Sekarang semua dah makin cantik dan sentiasa sihat walafiat alhamdulillah. Ada yang dah kahwin pun, dan mengandung dah. Allahu cepatnya masa berlalu. Dulu rasa macam budak-budak lagi. Tapi sekarang rasa macam matang lah sikit kot. 

    Berbanding dengan diri kami yang dulu, sekarang ada yang makin berisi, makin kurus, makin cantik, makin berani, makin confident dan banyak lagilah. Hihi. Takpelah. Yang penting kita sentiasa ada improvement yang positif dalam diri.

    Labuh benar tudung masa ni ya. Hihi. In shaa Allah sekarang masih istiqamah menutup aurat dengan sempurna. Semoga Allah menjaga hati kita dari perkara yang negatif dan buruk. 

    P/S: Umi kata lecturer nampak lagi muda daripada pelajar, haha. Memang tak dinafikan pun, hihi. Yang penting luar dan dalam dua-dua cantik. Bye!

    Adik Lelakiku

    Where Did You Get The Confidence?

    Aku tak faham bagaimana adikku boleh dapat confidence yang tinggi? Tapi tak overlah. Maksud saya dia boleh baca Quran depan orang ramai tanpa nampak gugup. Bila tanya dia, nervous tak, dia kata biasa je. Hmm manalah dia dapat keberanian dan confidence tu?

    Dah banyak kali dia masuk pertandingan, dan dia tetap tenang. Cuma bila dia tak dapat nombor 1, dia sedihlah. Ada sekali dia menangis. Haha lawaklah budak tu. Relaks lah, muda lagi kan. Kalah pun nangis, tak cool langsung.

    Sebenarnya saya lagi sedih kalau dia kalah sebab saya tahu dia mampu lebih daripada tu. Lagipun banyak ketidakadilan berlaku di kalangan pihak atasan, hmm malaslah sebut pihak mana kan, tapi itulah realitinya.

    Dari zaman abang saya bertanding lagi dah berlaku ketidakadilan, dan sampailah adik perempuan saya. Saya jadi kecewa lah dengan sikap pihak tertentu yang mementingkan diri.

    Dan ia sekali lagi berlaku kepada adik lelaki saya sorang ni. Hmm takpelah, kita reda jelah.  Yang penting adik dapat pengalaman kan. Biarlah manusia tertentu tu jawab dengan Allah S.W.T.

    Kenangan bersama kawannya pada MTQ 2018 ketika Tahun 5.

    Masa ni adik dapat tempat pertama!


    Bacaan hafazan ketika majlis PIBG sekolah.

    14/7/2020 (2.17 AM)
    Di tempat tidurku.

    Former ARCOM Student

    A Very Great Experience

    Dulu sempat jadi student kos ARCOM kejap. Jadi tahulah aku sedikit selok-belok kos ini. Satu pengalaman yang indah dan juga pahit buatku. Satu perkara yang tak bisa dinafikan lagi, pelajar ARCOM semuanya hebat-hebat kecuali sayalah.

    Masa first year degree, ambil kos ni sebab tak boleh tukar ke TAASL. Jadi sementara tukar ke kos baru, terpaksalah kuhadapi kos ini untuk satu sem. Itupun rasa macam apa dah sebab workload dia memang banyak.

    Kena buat video berita, teater Cleopatra walaupun watak saya tak penting pun, presentation setiap minggu ada, hmm banyak lagilah. Saya rasa sedikit tidak mampu. Lagipun ada sedikit salah faham dengan lecturer.

    P/S: Sekarang pelajar kos ini ada di UIA Pagoh, Johor. ARCOM stands for Arabic for Communication. Hmm patutlah kena cakap banyak, communication rupanya.


    Kenangan buat video berita bersama Hana dan Aishah di padang ragbi (jurukameranya Hanan).


    Bergambar depan CAC.

    Monday, July 13, 2020

    Hasil Pagi Tadi

    الحمد لله 


    Pagi tadi, sebelum kelas start sempat kutip hasil bendi dan cucumber bersama adikku. Itupun sebab Abah Umi suruh, hihi. Biasanya Abah dan Umi ambil sendiri tapi hari ni kan sekolah, jadi kami lah yang bertanggungjawab.

    Punyalah fresh sayur-sayuran ni, tambahlah lagi dengan rintik-rintik hujan, fuhh rasa macam duduk dekat kampung Abah di Pahang. Tapi sayangnya saya tak makan sayur, lagi-lagi dua jenis sayur ni lah.

    Banyak kali juga Abah Umi bagi sayur-sayuran hasil tanaman sendiri ni dekat cikgu sekolah mereka dan juga jiran-jiran. Sekurang-kurangnya tak membazirkan. Kalau tak macam manalah nak habiskan sayur ni.

    Yang makan sayur di rumah ni adalah Abah, Umi dan abang-abangku saja, dan kakak iparku dan juga anak saudaraku. Hihi malunya mak saudara yang dah tua ni pun tak makan sayur.

    Takpelah slow-slow belajar makan sayur. Sekarang saya dah start makan carrot, kubis dan satu lagi tak tahu nama. Hihi. Okaylah, bye! Selamat malam. Assignments dan ulangkaji dah lama saya tinggal, tak ada mood betul nak buat. Hmm.

    14/7/2020 (12.08 AM)
    Di dalam bilikku yang patut dikemaskan sekarang juga.

    Dear Myself

    السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

    Dulu, aku hidup dengan tanggapan bahawa ada orang yang sentiasa mengawasi pergerakanku, memerhati tingkah lakuku, mendengar setiap tutur kataku. Jadi, aku sering berasa insecured.

    Tapi sekarang, aku fikir tak kira apa pun tanggapan atau pandangan orang lain terhadap kita, kita hiduplah dengan cara kita sendiri tanpa mengendahkan mereka. Biarlah apa orang kata. 

    Namun, mesti kita ingat, apa yang kita lakukan wajib berlandaskan Quran dan Sunnah dan sentiasa mengikut syariat. Nah, setelah itu barulah kita boleh menjalani hidup kita dengan aman dan tenteram tanpa pedulikan orang lain.

    Ingat bahawa orang lain tidak bisa mengatur kehidupan kita, kecuali kita sendiri, dengan izin Allah S.W.T. Jadi, pedulikan apa orang kata, bukan mereka yang membayar bil kehidupan kita.

    Tapi, kita mestilah sentiasa bersikap terbuka dalam menerima teguran orang lain. Jangan cepat melatah, mungkin apa yang ditegur itu perkara yang betul. Perkara yang tanpa sedar kita telah melanggar syariat yang ditetapkan oleh Allah S.W.T.

    Pesanan ini adalah untuk diriku sendiri kerana aku sentiasa berasa seperti diperhatikan dan berasa seperti diri ini sentiasa dihakimi oleh orang sekeliling. Baik daripada segi pakaian, percakapan, pergerakan, bentuk badan, penampilan, taraf pendidikan dan sebagainya.

    Aku kira sampai di sini dulu coretanku yang tak seberapa ini. Semoga Allah permudahkan segala urusanku dan juga urusan sesiapa yang membaca blogku ini. Aamiin ya Rabb.

    13/7/2020 (11.37 PM)
    Di dalam bilikku.

    Kenangan 2017

    Anak Saudaraku Yang Pertama

    19/11/2016

    Rasa gembira bila dapat tahu kakak iparku mengandung, lagi-lagi hanya dua minggu selepas perkahwinannya dengan abang sulungku. Anak saudaraku membesar dengan sihatnya di dalam perut kakak iparku, alhamdulillah.

    Tak sabar menunggu kehadiran bayi di dalam keluargaku sebab hampir 10 tahun kami kegersangan bayi, haha. Adik bongsuku dilahirkan pada tahun 2007, jadi lama benar tak ada bayi dalam keluargaku.

    Excited aku beli barang-barang anak saudaraku seperti baju, botol susu dan peralatan lain. Kebanyakan baju yang aku pilih adalah warna koko muda kerana aku pengen sangat dengan baby boy.

    29/6/2017

    Kalau tak silap, pada hari raya ke-4, pagi itu kakak iparku mula berasa luar biasa, rasa yang tak pernah dirasa sepanjang mengandung. Jadi, pada pukul 7 lebih pagi, kami ke hospital dengan peralatan bayi sebab kemungkinan dia akan melahirkan walaupun due lagi dua minggu.

    Kira-kira pukul 1 tengah hari, kakak iparku selamat melahirkan bayi perempuan, alhamdulillah. Dapat kulihat daripada riak Abah, perasaan sebak. Yalah, cucu pertama kan. Begitu juga Umi. 

    13/7/2020

    Sekarang anak saudaraku sudah berumur 3 tahun dan mempunyai seorang adik lelaki yang juga comel dan sihat walafiat, alhamdulillah. Tapi sekarang tak menang tanganlah menjaga mereka sebab ada saja barang Abah dan Umi yang mereka kacau. Adui.

    Tapi, aku pasrah. Aku kira itulah dugaan untuk orang yang mempunyai ahli keluarga yang masih kecil. Hihi. Silalah bersabar banyak-banyak.


    Anak saudaraku yang pertama ketika berumur dua bulan.


    Mungkin umurnya enam bulan masa ni.


    Bersama permainan kegemarannya, batu warna-warni.


    Besar sudah dua orang kesayanganku ini.

    13/7/2020 (11.52 PM)
    Di dalam bilikku.

    Sunday, July 12, 2020

    Aktiviti Petang

    الرياضة


    Start dari musim PKP hari tu, disebabkan tak ada aktiviti langsung, bermulalah kami bermain basikal petang-petang untuk mengisi masa lapang. 

    Ada masa saya kayuh jauh sikit dari rumah, hihi. Tapi takut sikit sebab kereta dan motosikal lalu lalang kan. At least ada jugalah effort saya untuk exercise.

    Kalau tak, terperap je dalam rumah dan makan saja. Lepas tu bila berat naik, salahkan penimbang. Kata penimbang rosaklah, salahlah. Hihi.

    Haa nak tahu tak, berat saya dalam dua tiga tahun sebelum ni melebihi 60 kg. Terakhir berat bawah 60 kg mungkin tahun 2014 sebab 2015 tu masa tengah tunggu untuk masuk universiti, saya makan banyak sangat.

    Tapi, sekarang alhamdulillah berat saya dah turun walaupun tak banyak sangat iaitu 57 kg. Hihi. Paling berat pernah saya rasa adalah 66 kg.

    Allahu masa tu kalau tak senyum pun pipi naik tahu tak. Okaylah rasanya sampai sini saja sebab sekarang tengah tunggu waktu Isyak. Saya nak rehat kejap.

    Update Cerita Tiroid

    Setelah hampir enam bulan appointment tiroidku ditangguhkan disebabkan oleh sebab tertentu iaitu pada bulan 12 saya exam dan exam itu adalah antara exam paling susah, dan pada bulan 3 ia ditangguhkan sebanyak dua kali sebab PKP dimana COVID-19 sedang berleluasa ketika itu.

    Jadi, dua kalilah pihak hospital menelefon saya untuk menangguhkan appointment itu. 

    28/6/2020

    Jadi, akhirnya tarikh ini dipilih dan alhamdulillah dapat hadir ke appointment itu. Hihi.

    Saya ingat ia check biasa saja. Tapi doktor tu iaitu Dr. Ahmad Nor Izudin bin Abd. Rahman telah menetapkan tarikh untuk saya dibedah. Fuhhh!

    Saya tak sangka saya akan menghadapi saat masuk hospital dalam hidup saya, dan terus kepada major terus. Ini adalah major operation sebab saya akan ditidaksedarkan sebelum pembedahan, hmm faham tak?

    Untuk tidak menyusahkan sesiapa, saya hanya mengiakannya dan bersetuju  dengan keputusan itu sebab kalau tak operate sekarang, mungkin akan bertambah masalah satu hari nanti.

    Dan ia boleh menyebabkan saya kena makan ubat seumur hidup. Hmm siapa nak kan macam tu?

    Jadi, 
    26/8/2020 - appointment terakhir saya
    8/9/2020 - admission into ward
    9/9/2020 - masuk bilik bedah

    P/S: Doakan saya ya. Siapa tak takut kan bila tahu nak kena operate. Tapi apa kan daya, inilah lumrah kehidupan. Kita tak boleh berputus asa dan sentiasa kena berusaha melawan penyakit kita walaupun kita punya harapan hanya 50-50.


    Menunggu appointment bersama doktor.

    P/S: Saya takkan sesekali lupakan hari appointment tersebut selamanya atas sebab tertentu. Hanya Allah S.W.T. yang Maha Mengetahui.

    Insecurity

    Assalamu'alaikum W.B.T. 

    Apa khabar semua? Harapnya semua dalam keadaan baik. In shaa Allah. Hari ni saya rasa macam nak bercakap pasal insecurity.

    Kalau Veveonah M. punya insecurity ialah gigi dia (dia bagitahu dalam YouTube channelnya), dan kalau saya punya insecurity ialah muka saya. 

    Adalah partnya, tapi malaslah nak bagitahu. Okay, alhamdulillah sepanjang saya hidup dekat dua puluh tiga tahun ni, saya sentiasa bersyukur dengan apa yang diberikan oleh Allah. 

    Tapi sebagai seorang hamba Allah yang lemah dan pernah menjadi seorang budak atau teenager, saya mengaku yang saya pernah rasa insecure dengan keadaan muka saya.

    Tiba-tiba rasa malas nak bercerita pasal ni. Yang penting saya bersyukur sangat dengan apa yang Allah kurniakan. Alhamdulillah. 

    Kita manusia tak ada beza di sisi Allah kecuali ketaqwaan. Hmm betul kan ayat saya tu?

    Testing External Keyboard

    Great Discovery




    Kebaikannya: Kecil, nipis dan senang untuk dibawa ke mana-mana.

    Benda ni dah lama wujud dalam rumahku. Selama ini saya hanya lalu macam tu je depan dia sebab tak tahu cara guna. Tapi sekarang bila dah discover ni, bolehlah guna untuk buat blogku. 

    Jadi, macam mana nak guna? Sambungkan guna bluetooth saja. Sesenang satu dua tiga. Hmm. Rugi rasa selama ni biarkan macam tu je.

    Masalah sekarang adalah handphone saya nak habis bateri dah. Hmm malasnya nak charge. Guna benda ni feeling macam guna iPad lah, haha.

    Salah saya juga sebab tak jaga betul-betul iPad hari tu. Sekarang dah rosak. Hmm daripada baiki baik beli yang baru sebab harga untuk baiki lebih kurang dengan harga beli hari tu.

    Takpelah, kalau ada rezeki beli iPad satu hari nanti, bolehlah kita merasa sekali lagi. Sekarang saya rasa iPad tu satu keperluan (yang bukanlah penting sangat pun tapi kalau boleh naklah kan) untuk pembelajaran saya. Boleh saya tengok nota atau slide dalam tu. 

    Dia taklah sebesar laptop tapi tak sekecil handphone. Faham tak? Kalau ada rezeki, saya nak belikan untuk adik saya bila dia masuk degree nanti, in shaa Allah, biar senang sikit dia study. 

    Kalau saya, mungkin dah terlambat sebab dah nak habis belajar. Kalau beli pun mungkin untuk kerjalah. Buat lesson plan ke kan. Haa berguna jugak.

    Okaylah saya dah start membebel dah. Bateri pun dah hampir sampai ke penghujungnya. Saya minta diri dulu.

    P/S: Saya lega sikit sebab dah siap buat video part saya untuk assignment method dan tunggu groupmates lain untuk siapkan part diorang. Kena nyanyi tau, hmm dahlah suara tak sedap. Okaylah bye!