Monday, July 13, 2020

Kenangan 2017

Anak Saudaraku Yang Pertama

19/11/2016

Rasa gembira bila dapat tahu kakak iparku mengandung, lagi-lagi hanya dua minggu selepas perkahwinannya dengan abang sulungku. Anak saudaraku membesar dengan sihatnya di dalam perut kakak iparku, alhamdulillah.

Tak sabar menunggu kehadiran bayi di dalam keluargaku sebab hampir 10 tahun kami kegersangan bayi, haha. Adik bongsuku dilahirkan pada tahun 2007, jadi lama benar tak ada bayi dalam keluargaku.

Excited aku beli barang-barang anak saudaraku seperti baju, botol susu dan peralatan lain. Kebanyakan baju yang aku pilih adalah warna koko muda kerana aku pengen sangat dengan baby boy.

29/6/2017

Kalau tak silap, pada hari raya ke-4, pagi itu kakak iparku mula berasa luar biasa, rasa yang tak pernah dirasa sepanjang mengandung. Jadi, pada pukul 7 lebih pagi, kami ke hospital dengan peralatan bayi sebab kemungkinan dia akan melahirkan walaupun due lagi dua minggu.

Kira-kira pukul 1 tengah hari, kakak iparku selamat melahirkan bayi perempuan, alhamdulillah. Dapat kulihat daripada riak Abah, perasaan sebak. Yalah, cucu pertama kan. Begitu juga Umi. 

13/7/2020

Sekarang anak saudaraku sudah berumur 3 tahun dan mempunyai seorang adik lelaki yang juga comel dan sihat walafiat, alhamdulillah. Tapi sekarang tak menang tanganlah menjaga mereka sebab ada saja barang Abah dan Umi yang mereka kacau. Adui.

Tapi, aku pasrah. Aku kira itulah dugaan untuk orang yang mempunyai ahli keluarga yang masih kecil. Hihi. Silalah bersabar banyak-banyak.


Anak saudaraku yang pertama ketika berumur dua bulan.


Mungkin umurnya enam bulan masa ni.


Bersama permainan kegemarannya, batu warna-warni.


Besar sudah dua orang kesayanganku ini.

13/7/2020 (11.52 PM)
Di dalam bilikku.

No comments:

Post a Comment