عن أنس بن مالك رضي الله عنه عن النبي صلى الله عليه وسلم أنه قال: بحسب امرئ من الشر أن يشار إليه بالأصابع في دين أو دنيا إلا من عصمه الله. رواه الترمذي
Sayyidina Anas bin Malik R.A. meriwayatkan bahawa Nabi S.A.W. bersabda, "Seseorang yang dituding jari kerana hal-hal dunia atau agama sudah cukup menunjukkan dia seorang yang buruk kecuali sesiapa yang dipelihara oleh Allah S.W.T." (Tirmizi)
Keterangan: Dituding dengan jari-jari bermaksud masyhur. Maksud hadith di atas ialah masyhur kerana agama adalah lebih berbahaya daripada masyhur kerana dunia. Ini adalah kerana untuk mengelakkan berasa besar diri (takbur) setelah masyhur bukan perkara yang mampu dilakukan oleh semua orang. Namun, jika kemasyhuran seseorang itu diberi oleh Allah S.W.T. tanpa diusahakan dan Allah S.W.T. semata-mata dengan rahmat dan kurniaan-Nya memelihara orang itu daripada godaan nafsu dan syaitan maka kemasyhuran untuk orang-orang yang ikhlas sedemikian tidaklah berbahaya.
Sumber: Muntakhab Ahadith (Syaikh Muhammad Yusof Kandhalawi rahimahu Allah) Page 535
No comments:
Post a Comment