An Unfortunate Event
Allahu, semalam adalah hari gelapku kerana sesuatu yang memalukan telah terjadi. Apa yang berlaku?
Di kala aku kalut bercakap dengan adikku, dan aku sedang dalam online class, aku tidak sedar yang aku terbuka camera dan audio di Google Meet, dan apa yang lagi menyakitkan adalah aku tidak menutup auratku.
Sekelas melihat aku dengan tidak bertudung. Apa yang harus aku lakukan? Sekejap aku rasa dunia ini seperti mimpi dan aku berharap yang itu hanyalah sekadar mimpi, namun ia adalah realiti.
Realiti yang menyakitkan. Rather than concerning about my ugly face at that time, I was more concerned about accidentally revealing my aurah. Forgive me ya Allah. I blamed myself for being so careless.
But I'm glad that all my classmates were very cool, say nothing and just pretended like it never happened. Thanks my friends!
Adikku cakap yang mukaku pucat sekejap lepas apa yang terjadi tu. Masa tu aku tengah berharap yang itu hanya mimpi dan cuba untuk fikir keadaan itu sekejap. Yalah siapa yang tak pucat kan bila kita dilihat tidak bertudung di depan orang asing lagi-lagi lelaki.
Pengajarannya, lain kali berhati-hatilah. Sentiasa bersedia depan telefon dengan menutup aurat dengan sepenuhnya supaya kejadian seperti ini tak akan berlaku lagi. In shaa Allah.
30/7/2020 (Thursday)
At Tok Aki's house, Jerantut Pahang.
No comments:
Post a Comment