السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Dulu, aku hidup dengan tanggapan bahawa ada orang yang sentiasa mengawasi pergerakanku, memerhati tingkah lakuku, mendengar setiap tutur kataku. Jadi, aku sering berasa insecured.
Tapi sekarang, aku fikir tak kira apa pun tanggapan atau pandangan orang lain terhadap kita, kita hiduplah dengan cara kita sendiri tanpa mengendahkan mereka. Biarlah apa orang kata.
Namun, mesti kita ingat, apa yang kita lakukan wajib berlandaskan Quran dan Sunnah dan sentiasa mengikut syariat. Nah, setelah itu barulah kita boleh menjalani hidup kita dengan aman dan tenteram tanpa pedulikan orang lain.
Ingat bahawa orang lain tidak bisa mengatur kehidupan kita, kecuali kita sendiri, dengan izin Allah S.W.T. Jadi, pedulikan apa orang kata, bukan mereka yang membayar bil kehidupan kita.
Tapi, kita mestilah sentiasa bersikap terbuka dalam menerima teguran orang lain. Jangan cepat melatah, mungkin apa yang ditegur itu perkara yang betul. Perkara yang tanpa sedar kita telah melanggar syariat yang ditetapkan oleh Allah S.W.T.
Pesanan ini adalah untuk diriku sendiri kerana aku sentiasa berasa seperti diperhatikan dan berasa seperti diri ini sentiasa dihakimi oleh orang sekeliling. Baik daripada segi pakaian, percakapan, pergerakan, bentuk badan, penampilan, taraf pendidikan dan sebagainya.
Aku kira sampai di sini dulu coretanku yang tak seberapa ini. Semoga Allah permudahkan segala urusanku dan juga urusan sesiapa yang membaca blogku ini. Aamiin ya Rabb.
13/7/2020 (11.37 PM)
Di dalam bilikku.
No comments:
Post a Comment