Tuesday, July 14, 2020

Anak Saudara Roommate

Cute Boys

Sepanjang kehidupan saya di universiti, setiap tahun roommate saya bertukar-tukar. Maksudnya saya tak ada roommate yang tertentu yang dirancang untuk duduk sekali. Jadi, setiap tahun dapat roommate random, atas nasihat Umi juga.

Alhamdulillah setakat ni semua roommate saya okay. Masa saya first year, roommates saya adalah senior, iaitu Kak Laila, Kak Aisyah dan Kak Atikah. Jadi nak cerita di sini pokok pangkalnya Kak Aisyah, kakak dia selalu juga datang melawat.

Dan kakak dia ada dua orang anak. Setiap kali mereka datang ke bilik, anak-anak dia mesti masuk compartment saya. Cerdik sangat kedua-duanya. Tak silap saya nama mereka Fahad dan Ariq. 

Saya selalu bagi saya punya coloring book dan pensel warna untuk diorang guna dan saling mewarna lah sementara tunggu mak dan makciknya bersembang. Suka sangat tengok diorang. Dah besar mana agaknya diorang sekarang.

Kak Aisyah pun dah habis belajar. Dia ada cakap pakwenya orang Kelantan, haha. Di mana pun Kak Aisyah sekarang, saya doa semoga dia sentiasa dalam keadaan baik dan berjaya dunia akhirat. Aamiin ya Rabb.


Comel je diorang ni.

No comments:

Post a Comment