My First Ever Online Exam
Pertama kali menjalani peperiksaan secara online, sangat menakutkan. Punya sejuk tanganku tadi. Sebenarnya takut sebab jawab exam lah kan, dan juga takut tiba-tiba internet connection buat perangai.
Tadi dah hampir-hampir sebab hujan lebat, nasib baik tak kilat, alhamdulillah. Daku guna exam.net, pada hematku, ia adalah satu apps yang boleh tahanlah. Alhamdulillah setakat ini tiada masalah.
Masa yang diberikan hanya 75 minit. Tinggal lapan minit lagi sebelum masa berakhir tadi, hmm macam mana tak nervous kan. Takut sangat tak sempat siap, lagi-lagi kawan-kawanku yang lain semua submit awal.
Tapi, alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar, terkawal dan dipermudahkan oleh Allah sepanjang peperiksaan berjalan.
Peperiksaan BM seterusnya akan diadakan pada 27 Julai 2020, lagi lima hari. Hmm sempat ke study? Ada reflective essay lagi, 30 markah tahu tak? Hmm bolehkah daku siapkan dalam masa terdekat.
Ada article review lagi, video lagi, hmm macam manakah nasibku? Masalahnya daku tak pandai menguruskan masa. Tolong doakan ya supaya daku dapat menyiapkan segala assignment dengan jayanya. Aamiin ya Rabb.
Okaylah, sampai sini dulu ya sebab daku mahu ambil adikku di tahfiznya. Bye assalamu'alaikum. Jumpa lagi di post seterusnya, in shaa Allah.
No comments:
Post a Comment