Saturday, July 11, 2020

Nama-Nama Idamanku

Assalamu'alaikum W.B.T.

Hari ni saya nak berkhayal sikit. In shaa Allah suatu hari nanti akan jadi kenyataan, tapi bukan masa yang terdekatlah. Haa hari ni kita nak bercerita tentang nama-nama idaman untuk anak-anak suatu hari nanti.

Dulu masa umur dalam 14-15 tahun, nama yang diidamkan lain daripada sekarang. Dulu mungkin panjang-panjang namanya, tapi sekarang saya lebih suka nama yang pendek, senang sikit nak panggil kan.

Kalau nama panjang pun, panggil pendek juga. Kadang-kadang nama panggilan jauh benar dengan nama sebenar kan. Termasuklah saya. Jadi kalau boleh saya taknak lah macam tu untuk anak-anak nanti, in shaa Allah.

Haa tanpa melengahkan masa, kita terus ke nama-nama idaman saya! Hihi acah-acah youtuber sangat kan. 

Lelaki:
1. Ayyub bin Abdullah
2. Ilyas bin Abdullah
3. Yusuf bin Abdullah
4. Ishak bin Abdullah
5. Umar bin Abdullah
6. Muhammad bin Abdullah

Perempuan:
1. Safiyyah binti Abdullah
2. Fatimah binti Abdullah
3. Sumayyah binti Abdullah
4. Radhiyyah binti Abdullah
5. Ruqayyah binti Abdullah
6. Maryam binti Abdullah

Haa jangan terkejut dulu. Saya bukan nak 12 orang anak. Ni cuma calon-calon namanya. 12 orang tu ramai sangat. Orang lain mungkin mampu, tapi saya tak pastilah mampu ke tak. Paling banyak pun 4 orang, in shaa Allah. 

Tapi, saya ada satu concern. Mungkin nama yang kita mahukan ni, pasangan kita tak mahu. Hmm macam mana nak pujuk dia untuk letak nama yang saya nak? Allahu dah jauh dah ni. Dia pun saya tak tahu siapa lagi. Tapi tak salah kan ada impian? Hihi. 

P/S: Abdullah tu bukan siapa-siapa, tak spesifik kepada sesiapa pun. Abdullah (hamba Allah). Sila jangan salah faham. In shaa Allah semua anak-anakku akan menjadi hafiz al-Quran dan elok pekerti semuanya. Aamiin ya Rabb.

No comments:

Post a Comment