Saturday, July 18, 2020

Kawan Sekolah Menengah

Apa khabar kawan sekolah menengahku agaknya? Semoga semuanya dalam keadaan sihat walafiat. Lama benar aku tak bertanya khabar mereka, dan mereka pun tak bertanya khabarku.

Itu perkara biasa bila kita berada jauh daripada satu sama lain. Semua belajar di tempat yang berbeza, tinggal pun bukan dalam kawasan yang sama, nombor mereka pun tidak ku simpan dalam Contacts. Hihi.

Baru-baru ini aku mendapat perkhabaran duka bahawa kawan sekolahku, yang sebenarnya bukan kawan pun tapi batch yang sama, telah menghadap Ilahi kerana terlibat dalam kemalangan.

Jujur aku beritahu, beliau adalah seorang yang sangat baik ketika sekolah dulu, tak bercakap banyak, tak ganggu perempuan, dan secara ringkasnya memang beliau seorang yang baik. 

Beliau bekerja di Pantai Timur dan setiap kali kukunjungi pusat membeli belah itu, pasti aku akan terlihat dirinya di bahagian cashier. Namun kini, tiada lagi kelibatnya. Semoga Allah menempatkan beliau di syurga Firdaus. Aamin ya Rabb. 

Berbalik kepada cerita asal, ramai kawan-kawan sekolah menengahku sudah habis belajar di universiti di peringkat diploma dan degree, sedangkan aku masih merangkak di sini menyiapkan assignment yang langsung tidak menunjukkan tanda-tanda untuk berkurang. 

Ada yang sudah mendirikan rumah tangga dengan pilihan hati mereka, mempunyai anak-anak yang comel dan ada juga yang sudah mempunyai pekerjaan yang tetap. 

Tapi aku percaya, takdir seseorang itu sudah tertulis. Aku tidak akan mengeluh, malah aku akan berusaha menjadi lebih baik dan menjalani kehidupanku dengan positif dan menjadi hamba Allah yang taat. 

No comments:

Post a Comment