Setelah hampir enam bulan appointment tiroidku ditangguhkan disebabkan oleh sebab tertentu iaitu pada bulan 12 saya exam dan exam itu adalah antara exam paling susah, dan pada bulan 3 ia ditangguhkan sebanyak dua kali sebab PKP dimana COVID-19 sedang berleluasa ketika itu.
Jadi, dua kalilah pihak hospital menelefon saya untuk menangguhkan appointment itu.
28/6/2020
Jadi, akhirnya tarikh ini dipilih dan alhamdulillah dapat hadir ke appointment itu. Hihi.
Saya ingat ia check biasa saja. Tapi doktor tu iaitu Dr. Ahmad Nor Izudin bin Abd. Rahman telah menetapkan tarikh untuk saya dibedah. Fuhhh!
Saya tak sangka saya akan menghadapi saat masuk hospital dalam hidup saya, dan terus kepada major terus. Ini adalah major operation sebab saya akan ditidaksedarkan sebelum pembedahan, hmm faham tak?
Untuk tidak menyusahkan sesiapa, saya hanya mengiakannya dan bersetuju dengan keputusan itu sebab kalau tak operate sekarang, mungkin akan bertambah masalah satu hari nanti.
Dan ia boleh menyebabkan saya kena makan ubat seumur hidup. Hmm siapa nak kan macam tu?
Jadi,
26/8/2020 - appointment terakhir saya
8/9/2020 - admission into ward
9/9/2020 - masuk bilik bedah
P/S: Doakan saya ya. Siapa tak takut kan bila tahu nak kena operate. Tapi apa kan daya, inilah lumrah kehidupan. Kita tak boleh berputus asa dan sentiasa kena berusaha melawan penyakit kita walaupun kita punya harapan hanya 50-50.
Menunggu appointment bersama doktor.
P/S: Saya takkan sesekali lupakan hari appointment tersebut selamanya atas sebab tertentu. Hanya Allah S.W.T. yang Maha Mengetahui.
No comments:
Post a Comment