الرياضة
Start dari musim PKP hari tu, disebabkan tak ada aktiviti langsung, bermulalah kami bermain basikal petang-petang untuk mengisi masa lapang.
Ada masa saya kayuh jauh sikit dari rumah, hihi. Tapi takut sikit sebab kereta dan motosikal lalu lalang kan. At least ada jugalah effort saya untuk exercise.
Kalau tak, terperap je dalam rumah dan makan saja. Lepas tu bila berat naik, salahkan penimbang. Kata penimbang rosaklah, salahlah. Hihi.
Haa nak tahu tak, berat saya dalam dua tiga tahun sebelum ni melebihi 60 kg. Terakhir berat bawah 60 kg mungkin tahun 2014 sebab 2015 tu masa tengah tunggu untuk masuk universiti, saya makan banyak sangat.
Tapi, sekarang alhamdulillah berat saya dah turun walaupun tak banyak sangat iaitu 57 kg. Hihi. Paling berat pernah saya rasa adalah 66 kg.
Allahu masa tu kalau tak senyum pun pipi naik tahu tak. Okaylah rasanya sampai sini saja sebab sekarang tengah tunggu waktu Isyak. Saya nak rehat kejap.
No comments:
Post a Comment