Saturday, July 25, 2020

Satu Hari di IIUM

Alhamdulillah dah selamat sampai rumah pagi tadi. Pagi semalam sampai dalam pukul 6 pagi, dan start kemas barang dekat pukul 10 pagi. Tak banyak sangat pun barangnya. Separuh letak di rumah kakakku. 

Excited betul adikku bila dapat menjejakkan kaki sekali lagi di sana selepas lima tahun. Cuma aku terkilan sedikit kerana dia tak sempat pun bergambar sebagai kenangan kerana kekangan waktu. Salahku juga kerana tak pandai manage masa.

Tak apalah. Kalau ada rezeki, boleh lah jejakkan kaki di sana lagi ya. Lagipun asasi sekarang lebih kurang setahun saja. Lepas tu dah boleh masuk degree di main campus. 

Sempat juga jumpa kawanku, Najwa. Rindu sangat, tapi malangnya tak boleh bersalaman dan berpelukan sebab musim coronavirus ni kan. Lagipun adikku strict sangat, persis menteri kesihatan aku tengok.

Tapi baguslah. Mencegah lebih daripada mengubati. Jadi, kosonglah bilik kesayanganku itu. Rasa sedih pun ada sebab dah sebati dengan tempat tu. 

Pukul 8 malam bertolak balik ke kampung halaman dan selamat sampai pada keesokan harinya pada pukul 5 pagi. Alhamdulillah. Terima kasih ya Allah kerana mempermudahkan perjalanan kami.

Okaylah, sampai di sini dulu coretanku sebab nak potong perut lembu dalam sup yang tengah mendidih tu. Hihi. Bye!

P/S: Rupanya suntuk sangat masa nak kemas tu. Baru saya sedar. Bayangkan kalau orang yang barangnya banyak. Allahu.

No comments:

Post a Comment