Friday, July 10, 2020

Rindu Zaman First Year

Tahun Pertama di Universiti


Bergambar bersama Dr. Fouad Rawash dan kawan-kawan ISED dan classmates TAASL.

Rasa macam tak percaya dah nak masuk tahun empat di IIUM. Allahu cepatnya masa berlalu. Rasa macam baru saja masuk tahun pertama. Hmm masa tu rasa macam lamanya nak habis belajar, tapi sekarang dah nak masuk tahun akhir.

Tiba-tiba rasa rindu nak pergi kelas. Tapi taknak pergi universiti, nak duduk rumah je. Hmm macam mana tu? 

Banyak sangat kenangan yang tercipta sepanjang tiga tahun lebih di universiti. Baik manis atau pahit. susah atau senang. Hmm mesti rasa rindu sangat bila dah habis belajar nanti kan. Normal ke rasa emotional bila dah nak habis belajar?

Tak tahu lagi bulan 10 nanti iaitu semester baru akan berjalan di universiti atau tetap online seperti sekarang.

No comments:

Post a Comment