Saturday, July 4, 2020

Welcome to July!

Assalamu'alaikum semua!

Lama benar daku tak bersiaran di blog ini. Maklumlah sangat sibuk dengan kelas online dan juga sibuk dengan benda benda lain. Sekarang dah masuk bulan Julai di mana kita dah melepasi setengah tahun ya. 

Oleh sebab coronavirus dan juga MCO, perjalanan masa itu tak terasa sangat. Alhamdulillah dapat duduk rumah. Hihi. Hmm untuk update universiti, daku dah prereg untuk last semester yang belajar lah. Ada lagi satu semester untuk praktikal.

Sebenarnya rasa sedih pun ada sebab kemungkinan daku dah tak duduk sekelas dengan classmates kesayangan sebab mungkin online class ni sampai ke sudah. Tapi tak tahu lagi, kita kena tunggu keputusan dari pihak universiti.

Adik daku pun dah nak masuk universiti. Allahu rasa tak sampai hati ini nak melepaskan dia keseorangan di sana sebab rasa macam dia kecil lagi, boleh ke dia berdikari? Tapi rasanya boleh kot sebab nampak macam kental je tu, macam tak sabar sabar dah nak masuk universiti.

Maklumlah sejak lahir sampai umur 18 tahun, tak pernah keluar dari kepompong keluarga, tak pernah duduk asrama. Apa apa pun mesti dengan keluarga. Harapnya tak menangis lah kena tinggal nanti kahkah.

Banyak lagi update lain tapi sekarang kita kena update assignment yang menggunung dulu ya. Nanti kita sambung okay! Plan untuk hari ini (4/7/2020):

  • book review qawaid 
  • jawab kuiz method 
  • article review itt 
  • prepare presentation bm
  • prepare presentation syllabus

In shaa Allah dipermudahkan. Aamiin ya Rabb.

No comments:

Post a Comment