Rumah sukan Jaguar JUARA! Alhamdulillah akhirnya 🌟 Selepas kami dihina dan diejek itu hari sebab kalah masa Sukantara, akhirnya kami bangkit! Cewah bukan aku pun yang tolong lari. Apapun tahniah semua! Tak sia sia ustazah pakai baju kuning ya. Haha. Haritu punya semangat pakai baju kuning tapi dapat nombor 4 dek. Tapi itulah kehidupan, ibarat roda. Kadang kita di bawah, kadang kita di atas. Tiber.
Zaman saya sekolah dulu saya jarang join benda macam ni. Saya ada sedikit kekesalan sekarang tapi apa boleh buat. Akan saya tebus di sini. Begitu. Saya selalu bagi excuse dulu sebab taknak join. Padahal boleh saja saya sporting sikit. Hmm. Jadi sekarang saya sangat menggalakkan pelajar semua untuk join ya apa apa saja program yang dijalankan. Ambil peluang selagi boleh. Kumpul pengalaman sebanyak yang boleh.
Tapi alhamdulillah pelajar pelajar sekolah ni sangat lah aktif. Akademik aktiflah juga tapi kokum lah yang mereka lagi semangat. Bagi saya itu sudah cukup bagus sebab mereka dapat kembangkan potensi mereka. Mereka dapat explore kelebihan mereka. Ada student saya kalau dalam kelas sadaqallahulazim, tapi kalau bab sukan memang bersemangat. Alhamdulillah.
Jadi berbalik kepada cerita merentas desa tadi, mereka start dari padang sekolah, limpas kawasan kampung dan balik sekolah balik. Total larian mereka 5 km. Dibahagikan kepada 4 kumpulan. Lelaki 18, lelaki 15, perempuan 18 dan perempuan 15. Mereka dilepaskan secara berasingan sebab takut crowded di jalan. Kecederaan memang tak boleh dielakkan. Tapi ambulance sedia di jalan mengikuti mereka. Ada dalam 3 orang yang perlukan pertolongan ambulance. Tapi okaylah tak banyak kes sangat. 3 dari 500 lebih pelajar saja. Alhamdulillah.
Yang special kemarin, PK KOKUM Cikgu Meijil pun turut serta dalam merentas desa. Sporting bethol. Lari sepanjang 5 km. Wow sangat impressive dengan umurnya yang sudah 50-an berjaya habiskan larian. Yalah walaupun sampai lambat sikit dari yang lain tapi tetap mengagumkan. Saya tukang bagi semangat bagi yang sampai ke garisan penamat sambil makan mee sponsor. Hihi. Yang rumah kuning saja saya sokong dan suruh cepat cepat lari. Yang rumah warna lain saya suruh slow and steady saja kahkah. Pelajar kelas saya pun saya sokong walaupun mereka dari rumah sukan berbeza. Hmm.
Okaylah saya mau makan roti sapu peanut butter. Sekarang jam 6.39 pagi. Pelajar asrama semua sudah ke tapak perhimpunan untuk senamrobik. Ini hari kedua mereka orientasi. Semoga berjalan dengan lancarnya dan terkawal. Satu masalah sekarang, saya kena bagi talk biro kerohanian kejap lagi! Kenapa ustaz! Kenapa! Kenapa saya dipaksa dan diseksa sebegini rupa! Tiber. Doakan saya.
Kota Marudu, Sabah.