Sunday, May 15, 2022

FIRST CLASS PTPTN

Hampeh. Bukan saya boleh mohon pun. Sedih 😭 Mungkin sebab saya dah berharap untuk tak bayar ptptn. Akhirnya kena bayar juga. Alasannya bukan dari golongan B40 atau M40. Jadi? Tapi ini bukan alasan untuk adikku Syahadah. Walaupun kena bayar juga nanti walaupun dapat first class pun, kena belajar bersungguh sungguh juga. Niat belajar kerana ilmu. Bukan kerana taknak bayar balik ptptn kahkah. 

Sepanjang saya belajar di universiti dulu, mindset saya adalah keluar nanti tak payah bayar ptptn. Saya rasa dulu semua layak. Tak ada pun syarat kena datang dari B40 ke C100 ke. Hmm. Untunglah kawan kawan saya yang layak. Tapi mungkin gaji durang sekarang ni guna banyak untuk family kan. Hmm ndapalah adalah hikmahnya tu kan. Doakan saya kuat. Doakan saya ikhlas bayar balik ptptn. 

Satu lagi saya kesian kan Syahadah gigih tolong saya ke sana ke mari untuk ambil pengesahan dokumen saya dari AMAD yang akhirnya tiada gunanya juga itu dokumen. Tapi pahala kau tetap dapat dek. Terima kasih Syahadah. Belajar bersungguh sungguh ya nak. Haha tiber. Saya teda mood sekarang. Saya mau tidur tapi kena buat soalan exam 😭 Doakan saya.

Kota Marudu, Sabah.

1 comment: