Thursday, May 26, 2022

MUSIM EXAM TAN2


Musim peperiksaan sudah bermula. Saya belum biasa lagi dengan sistem peperiksaan di sini. Macam lain dengan yang saya pernah hadapi sebelum ini. Hihi tapi takpelah pengetahuan baru. Untuk tingkatan 1 hingga 4, mereka exam 3 hari saja. Seriously. Saya dulu paling sekejap pun 2 minggu bah saya exam. Jadi rasa peliklah kalau exam 3 hari. Hihi. Tapi itu bukan isu besar pun. Jangan serious ah. 

Sekarang sedang mesyuarat di bilik gerakan untuk majlis GURAUAN iaitu hari raya, kaamatan dan hari guru. 2 minggu sudah mesyuarat berpanjangan. Padat betul bulan ni. Tapi alhamdulillah best! 

Jadi sekarang saya sedang berperang dengan kemalasan sebab banyak sangat kertas exam dek. Banyak kena tanda. Itulah. Harapnya semua dapat markah tinggi supaya mereka lebih bersemangat dan termotivasi. In shaa Allah. 

Bilik mesyuarat TAN2,
Kota Marudu.

No comments:

Post a Comment