Thursday, May 5, 2022

AKTIVITI CUTI RAYA BERSAMA BASIRAH

Rutin untuk beberapa hari di awal Syawal, saya dan Basirah membuang sampah di tepi kantin sekolah. Kena jalan turun bukit juga. Tapi kami enjoy suasana pagi dan petang. Cuma bila nak naik, seksa sikit lah sebab kena daki bukit kan.

Kenapa pagi dan petang? Hmm sebab masa tu je tak panas. Kalau tidak memang matahari terik di atas kepala ya tuan puan. Best lah kami enjoy suasana masa buang sampah sebab tak ada pelajar yang tengok tengok kahkah. Kalau tidak gayanya macam tak pernah tengok orang. 

Sekarang saya di bukit sekolah. Mencari internet yang laju. Hihi. Sempat buat blog dalam gelap dek. Asal ada kesempatan kita buat. Tak tahu lagi hari mendatang kemungkinan sibuk buat itu ini. 

By the way, rumah depan sekolah ni hari hari sakan berkaraoke ya. Tapi at least tak boring lah saya di sini. Mereka ni tak kisah nyanyi sedap ke tidak. Asalkan dapat karaoke. Kalau macam ni saya pun boleh join kahkah. 

4 Mei 2022 (8.14 PM)
Bukit TAN2.

1 comment: