Selamat Hari Raya semua! Tahun ini saya beraya di Sabah! Pertama kali saya beraya di perantauan. Disambut dengan sangat sederhana. Lepas solat Subuh saya tidur balik kahkah. Bangun pukul 7 lebih, buka takbir raya di laptop dan makan roti dengan peanut butter. Lepas tu kami masak mee goreng sedap dan Basirah masak nasi dan panaskan ayam goreng semalam. Kami menjamu juadah 'raya' bertemankan lagu raya. Begitulah pagi raya kami di perantauan.
Puasa di perantauan perkara biasa. Sejak tahun 2016 saya berpuasa di universiti. Sendu tak sendu terpaksa hadapi. Kebiasaannya saya bersahur dan berbuka seorang diri di bilik sebab saya tak pernah sebilik dengan kawan atau classmate saya. Jadi semua benda berseorangan. Tapi raya tak pernah lah di perantauan. Alah bukan special sangat pun raya di perantauan ni. Bezanya adalah tak ada suasana raya lah. Bukan dengan keluarga dan sanak saudara. Nasib baik ada Basirah. Hihi.
Sekarang merantau di bilik saya untuk cari internet. Lepas ni mungkin ke tepi bangunan sekolah macam biasa untuk dapatkan kelajuan internet yang maksimum. Lepas tu baru balik bilik Basirah balik. Tiada apa yang istimewa pun di pagi raya 2022 ini. Hihi. Tapi tak apa, pengalaman kan. Begitu. Tak cakap macam tu nak cakap apa lagi kan kahkah.
Okaylah sampai di sini dulu coretan pagi raya saya. Sendu dek. Hihi. Kepada kawan kawan saya yang beraya bersama keluarga di kampung halaman, enjoy! Kepada anak anak muridku, selamat hari raya! Jangan lupa Ustazah Basirah dan Ustazah Syahirah di sekolah ini ya. Bye!
Kota Marudu, Sabah.
No comments:
Post a Comment