Hari yang sangat panjang di Kota Kinabalu. Asalnya saya taknak ikut sebab saya nak tanda kertas exam tapi last minute saya tukar fikiran sebab Kakda cakap balik sebelum Asar. Tujuan asal adalah Sue nak cari net untuk bola tampar dan wisel. Satu lagi cari baju tradisional sempena majlis GURAUAN Jumaat ni.
Saya beli baju labuh tadi! Dengan duit saya sendiri. Hihi first time. Saya beli baju untuk Abdullah Abbas juga. Sorry Iman dan Abdurrahman, kau banyak sudah baju kahkah. Balik nanti Mama Sya bawa beli belah ya in shaa Allah.
Kakda dengan Basirah borong habis dek. Kakda habis dekat RM200 juga. Basirah dekat RM100 dan Sue lebih RM200. Dahsyat dek. Tapi mereka beli tu benda yang berbaloi lah. Untuk sanak saudara pun ada. Saya habis dekat RM50 jugalah untuk baju saya dan Abbas. Selebihnya duit habis dekat makanan.
Berbalik kepada cerita baju labuh tadi, saya, Kakda dan Basirah beli baju corak sama! Nak pakai Rabu ni in shaa Allah untuk sukaneka. Doakan saya main sukaneka dengan jayanya dan menang. Alang alang main baik menang terus. Iya dok?
P/S: Kami berhenti di beberapa perhentian tadi. Yonex, Kinabalu Sports, Megalong dan masjid di balai polis. Tak faham juga Basirah ni sebanyak banyak masjid dia waze masjid polis kahkah. Nasib polis baik kasi solat dekat situ.
Kota Marudu, Sabah.
No comments:
Post a Comment