Pertama kali ku merasa buat soalan exam. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Saya buat soalan tu pun last minute sebab saya ada minta dengan Ustaz Hazmin contoh soalan lepas lepas. Saya mau tahu dia punya format jak. Tapi saya faham ya ustaz seorang yang sangat sibuk. Jadi lambat juga saya dapat respon. Tapi apa pun terima kasih ustaz kerana banyak bimbing saya. Tiber.
Gigih saya dan Basirah stapler itu kertas soalan di bilik guru. Kami di sana seharian dek. Dari pagi sampai lah sebelum Maghrib baru balik. Lagipun kami memang niat nak memanfaatkan wifi di bilik guru. Mahal dek kami bayar kahkah. Alhamdulillah ada kemudahan internet sekarang. Tapi di bilik sendu dek.
Pelajar saya cakap soalan senang. Aduh saya sehabis boleh seimbangkan soalan susah dan senang. Tapi itulah mereka terlalu pandai untuk seorang guru seperti saya kahkah. Saya jadikan ini pengalaman dan proses pembelajaran kepada saya dalam menghasilkan soalan soalan yang berkualiti dan terbaik pada masa hadapan in shaa Allah.
Penggubal soalan bocah,
Kota Marudu.
No comments:
Post a Comment