Kepada Kakda yang terchenta, selamat menyambut ulang tahun hari lahir yang ke-32. Kakda adalah antara manusia paling baik pernah saya jumpa di muka bumi ini. Tak berkira sangat, murah hati, ringan tulang dan happy go lucky. Rasa macam sama umur saja. Begitu. Kalau Kakda baca ni mesti dia belanja saya KFC ni kahkah. Pantang dipuji Kakda ni haha. Padahal baru saja kenal tapi rasa macam kenal bertahun lamanya. Mungkin sebab datang dari negeri sama, bercakap guna dialek sama tapi rasa macam dah lama kenal lah.
Perkenalan pertama kami adalah di PPD, hari lapor diri iaitu 1 Mac 2022. Kakda yang tegur saya dulu, tanya saya nak ke sekolah terus ke untuk lapor diri. Masa tu baru lepas majlis penyerahan surat penempatan. Itulah start kami berkenalan. Kakda ni tinggi bah, dekat 170 cm juga dan Kakda paling pendek dalam keluarganya. Bayangkan dek. Bila saya duduk tepi Kakda saya rasa kecil saja. Hihi. Apatah lagi kalau Kakda berdiri tepi Basirah kahkah. Opss siow Bas!
Terima kasih kepada Kakda, saya dapat merasa drive di Kota Marudu. Boleh pula dia percaya saya dengan tak ada lesennya haha. In shaa Allah saya akan buat juga lesen dalam masa terdekat. Kakda lah yang selalu bawa saya ke pekan untuk beli barang keperluan. Servay, DIY, Marry Brown dan sebagainya. Kakda yang tolong saya pindah dari flat kuarters ke rumah sewa, dari rumah sewa ke bilik warden. Bukan senang dek nak jumpa orang begitu. Umi saya sendiri yang cakap.
Terima kasih ya Allah kerana menghantar Kakda kepadaku. Terima kasih kerana memberi peluang untuk aku mengenali Kakda. Rezeki saya dapat kenal orang sebaik Kakda. Harapnya nikmat ini berkekalan in shaa Allah. Saya doakan Kakda sentiasa sihat sejahtera, dipermudahkan segala urusan, dipermudahkan rezeki yang halal dan diberi kebaikan di dunia dan di akhirat. Semoga segala impian Kakda tercapai dan dimakbulkan segala doanya.
Bilik Guru TAN2,
Kota Marudu, Sabah.
No comments:
Post a Comment