Sunday, May 1, 2022

APRIL, FULL OF MEMORIES

Bulan April 2022, tidak keterlaluan jika saya mengatakan ia adalah bulan paling produktif dalam hidup saya. Ya dalam hidup. Benda yang saya elak dari waktu zaman sekolah dan universiti, saya hadapinya pada zaman bekerja. Faham ke tidak, ada saya kesah? Haha okay gurau. Banyak benda yang saya belajar sepanjang bulan 4 tahun ini. 

Benda paling besar adalah handle program Ihya' Ramadan. Walaupun ketuanya adalah Ustaz Hazmin, tapi saya sebagai seorang yang tidak pernah melalui pengalaman menjalankan apa apa program, terpaksa handle itu ini sepanjang program berlangsung. Program 1 bulan, ada pertandingan, ada majlis khatam quran dan majlis penutupan. 

Dengan tidak cukup tidurnya, hanya Allah yang tahu perit dia. Berjaga malam buat sijil. Tapi alhamdulillah saya survived! Hihi. Ada 6 pertandingan dianjurkan, dan semuanya saya dan Basirah yang menjurikannya. Ustaz Hazmin ada jadi juri juga. Lawaknyalah. Dahlah saya tak ada apa apa pengalaman. Tapi alhamdulillah okay. Antara pertandingannya adalah hafazan, azan, sajak, nyanyian solo dan khat. 

Ada satu kejadian lucu yang terjadi. Boleh pula masa jadi juri hafazan, bersama Basirah dan Ustaz Hazmin, ada lipan masuk dalam jubah saya. Kalut sekejap keadaan. Saya melompat, menjerit kahkah. Tak tahannya Ustaz Hazmin pun melompat sama haha. Nasib baik tak terpeluk kahkah. Itulah kejadiannya. Bila saya teringat balik, mesti terketawa. Punya kalut masa tu. Nasib baik ada penyelamat, si Fateha tolong mampuskan lipan tu.

Setiap malam, ada solat Maghrib, Isyak dan tarawih berjemaah. Saya memang tak pernah tinggal turun ke surau besar. Suka tengok ada imam yang boleh diharap. Lepas solat Maghrib, baca wirid, berdoa dan baca Quran. Masuk Isyak, solat dan terus tarawih. Lepas tu bersurai. Kalau ada moreh, mereka moreh dulu di surau. Kalau ada pengawas nak tegur pelajar, mereka membebel dulu di pintu surau. Kalau tidak pelajar terus balik asrama dan prep.

Setiap kali raptai untuk majlis penutupan, nampak muka stress di wajah pengawas pengawas. Haha. Biasalah ustaz bukan selalu garang kan. Saya faham ustaz menginginkan kesempurnaan untuk majlis penutupan. Sebab itulah ustaz demand itu ini. Tak lupa juga malam malam pelajar khatam Quran berlatih mengaji. Saya dan Basirah tolong pantau saja. Bacaan mereka kalau ada salah kami betulkan. Begitu saja.

Setiap kali berbuka dan sahur, pelajar akan tapaukan makanan berbuka untuk saya. Sweet tak? Tak lupa juga air teh cincau abangnya Wani, penyelamat hidup saya yang tawar. Ada hari pengawas tidur di bilik saya. Kami bercerita dan makan sama sama. Masa tu Elvy dengan Sue balik kampung dan saya takut duduk sorang di bilik warden. Jadi mereka teman saya.

Ada program Jom Sahur yang dijalankan serentak seluruh Negeri Sabah. Sekolah saya termasuk juga. Kami ke surau pukul 3 pagi dan solat sunat taubat, hajat dan tahajud. Pukul 4 pagi kami ke dewan makan dan bersahur sekali. Ustaz Amran pun ada sekali. Saya, Basirah, Ustaz Hazmin dan Ustaz Amran makan sekali di meja yang sama. Awkward tapi makan sedap kahkah. Alhamdulillah.

Saya ingat lagi bertapa di bilik ustaz untuk buat sijil sampai pukul 12 tengah malam di bilik warden aka pejabat ustaz. Punya mengantuk dan penat tapi terpaksa siapkan juga supaya majlis esoknya tu lancar. Saya dengan Basirah lah buat dengan muka mengantuk. Tapi ustaz pun ada sekali buat kerja dia. Ada pula konflik pelajar tak puas hati dengan pemenang hafazan. Hmm padahal kawan kawan. Boleh pula ada perasaan begitu. Tapi semua settle sudah. 

Ingat lagi hari pertandingan, dua hari berturut turut tiada waktu rehat langsung. Memang penat. Yalah ada 3 pertandingan dalam satu hari. Memang makan masa. Tapi syukur semuanya berjalan dengan lancar. Lepas tu, setiap kali rehat pada hari sekolah, pelajar Muslim akan ke surau untuk baca Quran. Ada yang baca Quran dan ada yang baca Iqra. Ada hari pelajar ramai, ada hari pelajar sedikit. Tapi tak kuasa nak paksa mereka. Semua dah besar kan. Malas melayan kahkah.

Saya, Basirah dan Ustaz Hazmin selalu lah pantau mereka. Tapi kalau saya ada kelas waktu tu, saya tak ke surau lah. Tak lupa juga melayan kerenah pelajar yang sakit dan pura pura sakit. Haha. Lawaknyalah. Lepas tu pelajar yang ponteng puasa, pelajar yang period lama. Macam macam ragam lah. Begitulah di mana mana pun. Sama saja manusia semua. 

Itu baru pasal program sepanjang puasa. Belum lagi cakap pasal kerja di sekolah. Mengajar itu satu hal. Kerja kerja lain satu hal. Macam macam benda kena buat. Saya ingatkan bila jadi cikgu, kena mengajar saja. Allahu rupanya besar juga bebanan guru guru ni kan. Tidak ku tahu. Saya sebagai ketua panitia, kena siapkan kertas kerja dan nota minta untuk beli peralatan subjek mengikut peruntukan yang diberikan.

Dia punya deadline dah dekat tapi saya tak tahu kena buat apa. Alhamdulillah dipermudahkan. Ustaz Hazmin pagi pagi lagi sampai di bilik guru dan guide saya untuk siapkan kertas kerja. Saya kan dalam proses belajar. Slow lah sikit buat kerja. Dahlah kami buat dalam kelas saya, 2 Permata. Dengan pelajar di depan sebab masa tu perhimpunan. Saya pantau kelas saya lah masa perhimpunan sebab sekarang bukan buat di tapak perhimpunan. 

Bertungkus lumus lah saya dan ustaz buat kertas kerja guna laptop saya. Tapi saya tolong taip saja, ustaz yang bagi idea dan ayat. Tak siap di kelas, kami siapkan di bilik guru lepas kelas saya habis. Macam mana pun haritu kena siapkan juga kertas kerja dan nota minta. Alhamdulillah selesai. Terima kasih ustaz! Memang saya perlukan bimbingan. Kalau tidak sangat blur. Hmm. Semoga saya improve.

Satu masalah saya, saya tak boleh siapkan rph awal awal. Kena buat last minute juga. Tapi saya lah yang penat bila begitu. Sendiri cari pasal kan kahkah. Okay bulan April juga, saya dapat gaji pertama saya! Tak pernah saya sangka saya akan bekerja dan dapat gaji. Terima kasih ya Allah. Sesungguhnya segala apa yang berlaku ada hikmahnya. 

Bulan ini juga, saya dan Basirah berdua duaan di sekolah. Baru kelmarin dulu ditinggalkan oleh pelajar asrama. Semua balik! Kami? Berpuasa dan beraya di sini. Ini pertama kali saya beraya di perantauan in shaa Allah. Tapi at least ada lah saya punya pengalaman kan. Kawan kawan saya yang lain semua balik Kelantan. Hihi takpe saya okay saja~ Kami berbuka puasa berdua saja hihi. Tapi kami happy saja. Malam malam dengar lagu raya. Hmm.

Kota Marudu, Sabah.

No comments:

Post a Comment