Saturday, May 14, 2022

KEPAHITAN MENJADI WARDEN

Assalamu'alaikum W.B.T. Selamat pagi. Sekarang jam 6.45 pagi di Sabah. Saya sedang minum air nestum. Semalam, hari yang cukup susah bagi saya. Pengalaman pertama saya sebagai warden, menyampaikan berita yang sangat pahit kepada pelajar saya namun mesti dibagitahu, iaitu berita kematian bapa pelajar asrama. Bukan senang untuk menyusun ayat supaya dia tidak terkejut. Saya bimbang kalau dia tak boleh kawal diri. Tapi alhamdulillah Allah bagi dia kekuatan. Hanya menangis sebentar dan kemudian bertenang. Memang Shuhada seorang yang kuat, alhamdulillah. 

Saya bagitahu dia di surau selepas solat Isyak sebab ustaz pun baru inform saya. Ustaz minta saya bagitahu itu pelajar. Nasib ada kawan kawan lain juga yang tenangkan dia. Rumah dia nun jauh di pulau. 2 jam perjalanan ke jeti dan naik bot lagi untuk sampai ke rumahnya. Allahu. Semoga Allah permudahkan urusan seluruh ahli keluarganya. Semoga diampunkan segala dosa bapanya dan ditempatkan dalam kalangan orang orang beriman dan masuk syurga tanpa hisab. Allahumma aamiin.

Kota Marudu, Sabah.

No comments:

Post a Comment