Saturday, May 7, 2022

THANKS BASIRAH FOR EVERYTHING

Pertama sekali saya ingin mengucapkan terima kasih tak terhingga kepada kawan saya Basirah kerana sudi menumpangkan saya di kuarters beliau untuk seminggu. Mungkin tuan puan yang membaca post saya sekarang merasakan benda ini remeh, tapi tidak bagi saya. Tiber. Hal ini demikian kerana, Basirah lah yang sentiasa di sisi saya ketika mana saya sunyi tidak pulang beraya di kampung halaman. Basirah pun samalah tidak balik juga. Kami saling menemani satu sama lain. 

Basirah juga lah yang saban hari selama seminggu sakan memasak itu ini untuk kami menjamu selera dari akhir puasa sehinggalah hari ini berapa syawal tidak saya ingat. Sesungguhnya kedatangan beliau ke sekolah ini adalah satu rezeki yang amat besar bagi saya. Terima kasih ya Allah! Bayangkan kalau tiada Basirah, macam mana kehidupan saya selama seminggu cuti raya ini? Allahu tidak dapat saya bayangkan dek. Ngam pula Basirah asal satu negeri dengan saya. Satu daerah pula tu. Sekolah rendah di sekolah yang Abah saya mengajar sekarang cuma dia tak sempat belajar dengan Abah sebab dia keluar 2011, Abah masuk 2011. Begitu. 

Lihatlah betapa kecilnya dunia ini ya. Tidak, dunia ini bagi kita besar. Tapi kuasa Allah mampu menemukan kita yang asal dari satu tempat yang dekat namun tidak pernah mengenali satu sama lain, tapi ditakdirkan kenal  di suatu tempat yang jauh dari kampung halaman. Allahu ayat apakah ini. Harapnya tuan puan faham lah ya. Saya menghargai beliau juga bukan hanya kerana cuti seminggu ni, tapi beliau jugalah yang sentiasa bersama saya msnghadapi pelajar asrama sepanjang program Ihya' Ramadhan. Kami bertungkus lumus dengan bimbingan Ustaz Hazmin, melatih pelajar membaca Quran untuk majlis khatam dan juga menjurikan semua pertandingan yang ada. 

Pelajar asrama ingat kami memang kenal dari dulu lagi. Barangkali mereka lihat dari rapatnya hubungan kami. Sebenarnya masa tu belum lagi cukup sebulan kami kenal. Tapi ngam betul kahkah. Alhamdulillah. Segala puji bagi Allah. Sekurang kurangnya tidak saya rasa terasing berada di negeri orang yang jauh terpisah laut yang luas dari negeri asal saya. Allahu ayat kalau masuk pidato ni pening juri nak bagi markah. 

Basirah jugalah tempat saya cerita itu ini. Bukan mengumpat ah, cuma bercerita tentang pengalaman dan itu ini lah kahkah. Kadang kadang saya rasa Basirah lagi matang dari saya walaupun dia dua tahun muda dari saya. Dahlah pandai masak, rajin mengemas, pandai, ngam dengan pelajar. Wahai lelaki di luar sana, kriteria apa lagi yang anda mau yang tiada pada Basirah? Untuk tempahan, sila hubungi 002367999. Sekian. 

Terima kasih Basirah untuk segalanya. Semoga ukhuwah persahabatan kita kekal hingga ke syurga. Begitu. Terima kasih ya Allah kerana datangkan seorang manusia yang sebaik ini dan sebagus ini untuk membimbingku. Semoga Allah permudahkan segala urusan Basirah dan mendapat kebaikan di dunia dan di akhirat. Aamiin ya Rabb. Semoga persahabatan ini menjadi asbab kebaikan kita dunia akhirat in shaa Allah. Bye saya mau solat Maghrib dulu. 

1 comment:

  1. Ohh ada Basirah rupanya. Patutlah wasap kita berhabuk. (Aku sudah tidak diperlukan oleh Kaksya).

    ReplyDelete