Ya betul saya ke Kupang dua kali dalam minggu ni. Hihi. Kali ini saya dan Kakda bawa si Basirah ke sini. Nak perkenalkan lah kononnya kahkah. Alhamdulillah kami enjoy masa kami bersama dan sakan bergambar. Haha takdelah sakan pun. Bergambar sekadar untuk memori. Kita tak tahu berapa lama kita di sini kan. Tiber emo.
Kakak kakak ni kononnya nak perkenalkan restoran ni dekat Basirah. Padahal sebab perut lapar nak makan makanan Kupang kahkah. Lagipun mesyuarat memanjang. Alhamdulillah Basirah suka tempat ni. Siap video call dengan sepupu lagi nak tunjuk ikan dalam air tu. Comel je sepupu Basirah. Minta nak pergi Sabah juga sebab nak tengok ikan.
P/S: Si Basirah ni acah behave eh dalam gambar haha. Okay gurau. Siow Basirah! Okay saya bersiap untuk kelas dulu ya. Kelas saya start jam 7 harini. Doakan. Bye!
No comments:
Post a Comment