Monday, May 16, 2022

SELAMAT HARI GURU

16 Mei 2022

Selamat hari guru buat semua guru di luar sana. Tak lupa juga kepada bakal-bakal guru. Tak pernah terlintas di kepala saya bahawa saya akan bergelar seorang guru, walaupun impian itu memang saya simpan dari kecil. Terima kasih ya Allah. Saya membesar dengan menyaksikan Abah dan Umi saya sebagai guru. Banyak pengalaman dan pendedahan yang saya dapat sebab banyak ikut Abah dan Umi ke sekolah walaupun masa belum sekolah.

Saya jadikan Abah dan Umi saya sebagai inspirasi dalam saya memegang tugas sebagai guru. Mereka sangat rajin dan bertanggungjawab dalam melakukan kerja dan tugas yang diberikan. Sebelum saya lapor diri sebagai guru dan lepas lapor diri pun, sentiasa ada nasihat daripada Abah dan Umi berkaitan dengan dunia pendidikan. Alhamdulillah. Hanya anak cikgu yang tahu betapa struggle menjadi guru. Orang lain ramai yang pandang rendah kerjaya guru termasuk segelintir kawan kawan saya. 

Mereka ingat guru hanya mengajar dalam kelas. Balik rumah relaks. Tak kena buat apa apa. Kau salah dek. Hmm biarlah mereka dengan persepsi mereka sendiri. Yang penting saya tahu betapa Abah dan Umi kena buat itu ini, tugas di situ tugas di sini sepanjang karier guru mereka. Begitu juga semua guru lain. Abah dan Umi start mengajar pada tahun 1990 atau 1991 di Sabah. Hihi. Adakah saya mengikut jejak langkah mereka?

Semoga Allah jadikan saya seorang guru sebaik mereka. Seorang guru yang berdedikasi, tegas, amanah, bertanggungjawab, cemerlang, rajin dan dapat memikul semua tanggungjawab dan tugas yang diberikan dengan hati yang tenang dan terbuka. Tidak mengeluh dalam mendidik anak anak bangsa. Terima kasih juga kepada semua guru saya dari pra sekolah hingga lah sekarang. 

Guru guru seperjuangan di sekolah saya mengajar sekarang pun saya anggap sebagai guru saya. Banyak juga saya belajar daripada mereka. Sentiasa ada benda baru yang kita belajar walau di mana pun kita berada. Pengalaman mereka pun banyak. Jadi tidak salah untuk kita belajar daripada mereka kan. Hihi. Akhir kata, selamat hari guru juga kepada kawan kawan saya yang baru saja menjadi guru seperti saya juga. 

Semoga kita sentiasa buat yang terbaik dalam apa apa pun. Kepada adikku Syahadah, belajar bersungguh sungguh dan niat kerana Allah. Begitu. Semoga Syahadah dapat mencapai impian yang diinginkannya, antaranya adalah untuk menjadi seorang guru. Semangat lah tu dengar kata kata Ustaz Wadi Anuar. Tiber.

P/S: Saya ingat lagi setiap kali sambutan hari guru di sekolah dulu, setiap kali lagu Kami Guru Malaysia berkumandang, mesti saya akan goosebumps. Saya tak tahu kenapa. Mungkin darah guru yang mengalir dalam badan dan jiwa saya kahkah tiber. Tapi saya rasa sebak setiap kali dengar lagu tu. Walaupun saya belum jadi guru pun dulu masa sekolah, tapi saya sangat bersemangat bila nyanyi lagu tu. Sekian.

Kota Marudu, Sabah.

1 comment: