Tuesday, May 17, 2022

TERIMA KASIH PELAJARKU


Amazing story is coming super soon. 

One week later...

Izinkan saya menangis dulu. Alright, okay sudah saya. Bayangkan semua pelajar dalam gambar di atas ucapkan Selamat Hari Guru beramai ramai. Saya goosebumps! Masa tu saya dengan Sue tengah pantau tu budak asrama berlatih menari untuk sambutan hari raya peringkat asrama. Lepas habis berlatih, si NC ketua dorm aspuri tanya, sudah ucap selamat hari guru ke sama Cikgu Sue dan Ustazah? Terus semua dorang berpaling ke arah kami yang duduk di tingkat atas dan ucap, SELAMAT HARI GURU CIKGU DAN USTAZAH! Ada yang buat tangan love dan pelbagai gaya. Sebagai seorang guru baru, perkara itu sangat lah menyentuh hati saya. Terima kasih pelajar pelajar kesayangan ustazah. Walaupun ada yang saya tak ajar tapi saya tetap anggap macam pelajar kelas saya juga dan sebagai mama mereka 😌

Sekian cerita saya untuk hari ini. Saya kena siapkan rph sebab kena hantar harini juga. Bila lah mau insaf ah. Hmm. 

Kota Marudu, Sabah. 

1 comment: