Inilah realiti sekarang di kelas saya. Mereka sesuka hati saja tidak datang sekolah tanpa menyedari mereka sedang menyusahkan pihak sekolah lagi-lagi guru kelas kerana daku terpaksa generate surat amaran bukan untuk seorang tapi berpuluh-puluh orang dan setiap orang at least 3 surat amaran. Tidakkah itu menyusahkan? Saya bukan mengeluh, cuma menceritakan realiti sebenar yang berlaku sekarang.
Bilakah mereka rajin untuk ke sekolah? Apabila tibanya masa untuk bantuan diagihkan. Tiba-tiba yang sebelum ini jarang datang dan tidak pernah memberi apa-apa bukti ketidakhadiran, tiba-tiba ada pula suratnya menyatakan sebab dia tidak hadir. Macam daku kisah? Kalau memang taknak belajar, benci belajar, malas belajar, berhenti sekolah terus. Yang menyakitkan hati kebanyakan mereka menunggu masa untuk bantuan saja.
Walaupun bukan duitku yang digunakan untuk bantuan itu, tapi daku amatlah membenci kesepakatan ibu bapa dan murid bila berkaitan dengan duit. Hal anak ke sekolah atau tidak, tiada pula mereka kisah walaupun rumah hanya sejengkal dari sekolah. Semut bersin pun boleh dengar dari rumah mereka. Tolonglah. Kehidupan macam tiada tamadun pula daku tengok. Baik ibu, baik bapa atau anak sendiri. Mereka tidak pernah terfikir pasal masa depan ke?
Bila terjadinya macam ini, sudah menyusahkan banyak pihak. Boleh ke kalau saya letak syarat tahun depan. Kalau nak bagi saya jadi guru kelas, tolong bagi kelas yang educated yang kurang masalah. Kelas saya sekarang bukan saja masalah kehadiran, masalah lain seperti masalah disiplin adalah perkara biasa. Vaping, smoking, escaping class dan sebagainya. Tidak hormat guru itu memang rutin mereka. Mencarut apa kurangnya. Geramnya!
Kalaulah ada senjata yang saya boleh gunakan untuk menyakitkan mereka dalam diam demi memuaskan hati ini, saya sanggup beli. Belum cerita yang pasal pembelajaran dalam kelas. Tahap kerajinan mereka yang nauzubillah. Tolong saya. Bila nama kelas dipetik, nama guru kelas sekali yang disebut seolah-olah salahku pula. Dikata pula daku tidak cakna dengan kelas sendiri. Di pagi hari sudah tidak bagus mood ku.
Ini hanyalah sekadar perkongsian supaya sesiapa sahaja boleh bersedia dengan realiti sekolah pada zaman kini. Jangan anggap saya memburukkan mereka pula. Ia cuma lah sedikit luahan hati kahkah. Ya lah orang cakap jangan benci pelaku, benci lah kelakuan mereka. Semoga keturunan kita dijauhkan daripada sifat yang sebegitu. Okaylah sampai di sini dulu coretan luahan saya untuk hari ini. Kelas saya lagi satu jam. Bye.
Kota Marudu, Sabah.
Dahsyat.
ReplyDelete