Perjalanan ke rumah Ma sebelum lupa bawa kunci rumah. |
Sebelum di ruang tamu. |
Selepas di ruang tamu. |
Sebelum di dapur. |
Selepas di dapur. |
Assalamu'alaikum WBT.
Hari ini saya mahu ceritakan perjalanan kami menyelamatkan Coway di rumah Ma sehari sebelum banjir besar. Gigih ya kami ke rumah sana dalam hujan lebat yang tidak berhenti. Ketika itu air sudah mula naik sebenarnya di banyak kawasan termasuklah kawasan yang kami lalu untuk ke rumah Ma. Kami sampai dekat traffic light, air dah ada di laluan ke Parit Air. Takut kereta terperangkap, jadi kami park kereta depan Thai Malay. Senang nak keluar balik rumah. Kami jalan dengan semangatnya ya. Air sudah mula naik on the way ke sana. Air di paras buku lali saya. Sudah hampir separuh jalan, rupanya kunci rumah tertinggal dalam kereta ya. Allahu aku sudah penat berjalan. Sakit paha kananku melawan arus air walaupun ketika itu air tidaklah berapa tinggi pun.
Pergi lah balik kami ke kereta. Jenuh pula berjalan ya. Ambil kunci rumah dan pastikan semua benda sudah ada, kami jalan lagi pergi sana. Ada orang jual lokcing, sempat kami membeli haha. Yang menjual itu pun adalah penyewa rumah Ma. Jadi kami mulakan perjalanan. Air sudah naik ke paras lutut. Ya Allah cepatnya air naik! Punya sakit saya punya paha. Jadi saya jalan sangat slow. Kesian Abah Muhammad kena ikut saya punya kelajuan yang sangat tidak laju. Kalau datang sorang tanpa saya, rasanya sekejap saja sudah sampai haha. Maaf ya gatal kaki saya mau ikut. Jauh weh nak sampai. Sambil kami berjalan memang air tak berhenti naik walaupun hujan sudah berhenti. Sampai saja di sana, kami terus masuk rumah.
Air sudah berada di paras pintu masuk. Memang ngam di lantai pintu masuk. Kami terus menuju ke Coway. Selamatkan yang itu dulu bawa naik di tingkat atas. Punya berat tapi alhamdulillah saya bersyukur Abah Muhammad diberi kudrat untuk angkat seorang diri. Saya tolong clearkan jalan depan, tolong selak pintu tingkat atas. Hmm gigih cakap jasa sendiri haha. Sebenarnya benda lain sudah sedia dikemaskan selepas hujan tak berhenti kan. Memang nampak tanda akan banjir. Ma pun sudah berpindah ke rumah Kak Siti di Pengkalan Chepa. Okay sambung cerita. Kami pun masuk bilik angkut barang Abah Muhammad yang belum disimpan macam baju harian dan baju mengajar. Letak di atas juga. Penatnya! Tapi buat sama sama kan, rasa manis gitu.
Sebenarnya bila sampai tu Abah Muhammad masuk tandas dulu dalam 5 minit, dan dalam masa itu juga air masuk dengan lajunya dalam rumah. Bila kami nak balik, air dah paras betis di ruang tamu. Sangat sekejap air naik. Perjalanan kami balik lebih susah sebab air naik ke paras pinggang saya. Masa nak lalu di pokok sagu yang sememangnya dikenali sebagai tempat berbahaya, air deras dan tinggi, saya terpaksa berpaut pada Abah Muhammad, kalau tidak memang akan hanyut. Memang deras arus dia. Tapi dalam kami kesusahan mengharungi banjir, ada yang ambil kesempatan merekod kami. Entahlah dekat mana dia upload haha. Buat live kali.
Mesti dia ingat kami saja saja ambil risiko main air dekat situ padahal tak tahu demi menyelamatkan Coway haha. Tapi bila saya ingat balik, saya suka sangat sebab semua itu menjadi kenangan baru kepada saya dan Abah Muhammad. Muhammad memang Umi jaga lah di rumah. Bayangkan kalau bawa, dahlah banjir, hujan lagi. Saya satu orang pun susah Abah Muhammad nak control, apa lagi kalau bawa Muhammad kan. Sempat lagi lepas sampai di tempat selamat, kami pergi Pantai Timur beli air kurma Farm Fresh, minum di pondok depan itu sambil tengok suasana banjir. Air dalam rumah Ma naik sampai tengkuk saya atau dada Abah Muhammad.
Bayangkan betapa tingginya dan derasnya air walaupun dalam rumah. Peti yang diletakkan di atas kabinet akhirnya terbaring di lantai ya. Entah macam mana ia dibawa arus. Tak boleh bayangkan. Tong gas terlentang. Barang barang besar di ruang tamu seperti sofa, almari, meja makan dan kerusi bergelimpangan berkeliaran. Lantainya menjadi kotor. Semua itu dicuci oleh Abah Muhammad dibantu oleh Mokyoh dan anaknya. Tabahnya lah Abah Muhammad dan keluarga saban tahun mengalami semua itu. Kita yang baru air cecah rumah sikit dah rasa macam nak give up, apatah lagi yang tiap tahun memang confirm akan menghadapinya.
P/S: Bukan tak ada kerja sekolah sekarang ini, namun tangan ini lebih rajin untuk menulis blog. Kerja lain kita abaikan dulu ya haha. Bukan senang untuk mendapat kerajinan update blog, jadi bila datang mood jangan dibiarkan. Tengoklah blog adikku Syahadah, kalau vakuum dia punya blog dah boleh kumpul debu buat jerebu satu Malaysia. Sekian.
Kota Marudu, Sabah.
No comments:
Post a Comment