Friday, January 26, 2024

HABIS DUITKU KENA RACUN

Powerbank.

Portable fan.
Headphone.

Assalamu'alaikum WBT.

Mengumumkan bahawa duitku habis ya hari ini membeli semua barang ini. Aduhai mengapakah saya tidak sayang duit. Tapi tidak apa, in shaa Allah semua berbaloi. Apa yang saya beli adalah headphone, powerbank dan portable fan. Total semuanya adalah RM130. Saya rasa bangga sangat sebab akhirnya saya memiliki powerbank sendiri. Yang saya beli itu dia attached sekali dengan wire dan sangat ringan. Dia tahan untuk dua kali cas. Okaylah itu kan. 

Saya hampir terbeli pendrive yang 128 GB tadi, nasib diriku tersedar. Cepat cepat aku letak balik. Cukuplah ini dulu ya. Belum membeli lagi di Shopee hihi. Doakan saya tidak boros ya kawan kawan. Makanan yang saya beli itu hari masih penuh di atas meja. Tiada saya makan pun aduhai. Apa nak jadi dengan Syahirah. Tapi kalau tak dapat kasi habis pun mungkin saya akan bagi sama budak lah nanti in shaa Allah. 

Satu lagi, saya sangat bersyukur saya beli portable fan itu ya sebab memang sekarang aircond di bilik guru sangat tidak berfungsi ya tuan puan. Time kita badmood lepas itu panas lagi, makin rasa mau marah. Terima kasih ya Allah atas segala rezeki yang telah Kau kurniakan kepada hamba-Mu yang lemah ini. Semoga aku menjadi hamba yang lebih bersyukur in shaa Allah. Doakan saya menjadi solehah ya. Bye!

P/S: Happy anniversary Abe Cik dan Kakcik yang ke-5! Semoga rumahtangga yang dibina berkekalan hingga ke syurga dengan kebahagiaan, in shaa Allah. Love you Cik! 

Kota Marudu, Sabah.

No comments:

Post a Comment