Sunday, January 7, 2024

NYAWA


Assalamu'alaikum WBT.

Dulu rasa cliche betul perkataan 'nyawa' kan haha. Syahadah faham lah apa yang saya cakap ini. Tapi rupanya tiba juga masa aku tulis begitu kan haha. Itu lah lain kali mengata orang lagi, kan dah kena dekat diri sendiri. Tidak pernah kufikir akan wujud dua ketul manusia istimewa ini dalam hidupku. Allah itu Maha Baik. Saya terfikir, apa lah yang saya lakukan hingga dianugerahkan nikmat sebegini. Saya sangat bersyukur dengan kurniaan yang tidak ternilai ini. Namun, saya harus mengawal perasaan saya. Saya harus sentiasa mengingatkan diri ini bahawa semua ini adalah pinjaman daripada Allah. Semuanya adalah milik Allah. Jangan terlalu ghairah menyayangi kerana ia hanya akan buat kita terluka dan sedih. Semuanya milik Allah.

Semoga Allah memberiku kekuatan untuk sentiasa menjadi yang terbaik kepada mereka. Terima kasih Abah Muhammad banyak berkorban demi Muhammad. Tidak dapat kuungkapkan terima kasih terhadapmu atas segala jasamu dan kebaikanmu terhadapku dan Muhammad. Semoga Allah kurniakan syurga buat kita semua. Semoga kita semua disatukan di syurga. Maafkan Umi wahai anakku jika Umi tidak dapat menjadi yang terbaik untukmu. Tidak Umi minta untuk berjauhan dengan mu. Semoga kita disatukan secepat mungkin in shaa Allah. Saya rasa sangat bersalah kepada Muhammad kerana terpaksa berada dalam situasi ini. Tidak mendapat cukup kasih sayang daripada ibu sendiri. Kadang saya sedih memikirkan adakah dia mengenaliku sebagai ibunya. 

Maafkan diri ini juga kerana tidak dapat menjadi isteri terbaik kepadamu Abah Muhammad. Banyak yang harus kau lalui keranaku. Maafkan diriku ini. Bilakah keadaan akan menjadi normal? Ya Allah kuatkanlah diriku. Semua ini membuatkan saya rasa lemah dan ingin berputus asa. Namun, saya kena sentiasa mengingatkan diri ini bahawa ia adalah perancangan dan ketentuan Allah terhadap saya. Semoga kita semua terus kuat. Semoga saya boleh jadi yang terbaik kepada Muhammad dan Abah nya. Semoga kita dapat menjalani kehidupan yang normal sebagai satu keluarga dan menghadapai hidup ini bersama. Semoga Allah memberi kita kebaikan di dunia dan di akhirat dan mengekalkan perkahwinan yang dibina ini hingga ke syurga-Nya yang tertinggi dengan kebahagiaan. 

P/S: Nak berterima kasih dengan ayat sebegini depan depan memang tidaklah. Macam drama pula jadinya kan haha. Yang penting sentiasa doa walaupun jauh. Saya ini pemalu orangnya. Pokok pangkalnya yang saya belajar setakat ini adalah jangan terlalu berharap kepada manusia. Jangan terlalu mengharapkan perhatian daripada mereka. Cukup Allah Yang Esa bagi dirimu. Dia Maha Mendengar segala keluhanmu, segala isi hatimu. Dia Maha Memahami segala yang kau rasa. Dia Maha Memberi segala yang kau minta. Dia Maha Melihat segala usahamu. Dia Maha Membalas segala pengorbananmu. May Allah bless us.

Kota Marudu, Sabah. 

No comments:

Post a Comment