Friday, January 5, 2024

SYAHIRAH HEALING

Sudah tiba masanya untuk cuci kereta ya kahkah.
Pandai ke tidak saya posing 👀

Strong girl.

Assalamu'alaikum WBT. 

Bukan selalu kita boleh healing macam ini. Hiks. Tadi lepas siap makan di Marrybrown bersama Kakda dan Roziah, kami rancang nak ke Walai Arnab. Tapi bila tengok tempat dia macam tak menyelerakan kahkah. Tapi ternampak jalan di depan macam sesuai untuk bergambar tambah lagi tiada orang lalu lalang almaklumlah kawasan kampung kan, jadi kami pun turun kereta untuk bergambar. Memang kami bergambar sakan lah haha. Macam macam gaya dibuat, siap dengan boomerang lagi. Alhamdulillah Roziah pun jenis masuk air orang kata. Bergelak ketawa lah kami, merawat jiwa ku yang lara.

Sekarang tiada masa untuk saya bersedih ke, sunyi ke. Saya kan ada Allah, ada ramai di sekeliling saya. In shaa Allah saya kuat. Awak pun kuat ya. Tiber. Sekali sekala best juga pergi jalan jalan secara random begini. Saya jadi lupa segala masalah. Lepas siap bergambar, saya hantar Kakda dan Roziah balik rumah dan saya pulang ke asrama. Alhamdulillah dapat lah berkenalan lebih lagi dengan Roziah. Saya geram lah dia panggil saya kakak. Kita beza satu umur saja bah. Nda perlu lah berkakak aduhai. Saya rasa cukup dulu Marrybrown untuk sementara waktu.

Malu muka juga setiap hari pergi sana haha. Dah lah ada saya punya murid lepasan SPM kerja sana kahkah. Dia adik Kak Nina, AKP sekolah yang pernah jadi saya punya housemate dulu. Kan saya tumpang kuarters sekejap masa mula mula posting. Di rumah Kak Nina lah itu tingkat 4. Sangat lah baik Kak Nina, begitu juga adiknya Kuzaily dan Kuzaify. Jadi bolehlah saya berjimat juga kahkah. Saya ingat nak puasa lah sebab ada lagi 19 hari saya kena ganti. Bulan Ramadan pun tak lama lagi akan menjelma. Kalau ada rezeki, in shaa Allah panjang umur dapat berjumpa lagi dengan ramadan kan.

Okay yang penting sekarang kita kena happy happy saja. Hidup ini terlalu singkat untuk bersedih. Saya suka sangat kata kata Umi dekat saya walaupun deep betul mengena ke hati saya. Bergantung kepada Allah Yang Satu, kerana kebergantungan kepada manusia hanya akan membuatkan kita kecewa. Muhasabah diri, dekatkan diri kepada Allah, banyakkan doa, zikir dan quran kerana itulah sebenarnya ubat segala keresahan. Yang penting jangan stress, nanti cepat tua dan cepat boleh penyakit. Jadi be happy! Kalau kita fikir macam itu kan, tak ada apa yang akan buat kita sedih. Pedulikan lah semua masalah. 

Bersedih hanya akan membuatkan kita nampak bodoh tidak cerdik ya kawan kawan kahkah. Kuatkan dirimu. Selama ini pun hidup bukannya mudah, apalah sangat masalah yang dihadapi ini. Betul tak? Apa salahnya kalau teruskan jadi kuat. Tiada rugi apa apa pun. Always think positive okay! Syahirah kuat, kita semua kuat. Semoga Allah permudahkan segala urusan kita semua. Semoga Allah memberi kita semua kekuatan. Semoga Allah memberi kita kesihatan yang terbaik. Semoga Allah lindung kita daripada segala kemudaratan dan bala bencana. 

P/S: Perasan tak kata kata ibu memang magis kan. Diakui lah apa yang dikatakan oleh seorang ibu itu kadang kadang boleh menyakitkan hati namun ia adalah benar belaka. Kata katanya sangat lah tajam sampai terus ke hati. Bila Umi bagi saja kata katanya, terus saya rasa 'zap' di hati. Ia menyakitkan namun saya mengakuinya. Dari dulu lagi memang begitu, cuma dulu saya pandai memberontak. Sekarang saya cuba untuk menerimanya dengan hati terbuka tanpa menafikannya. Berbuatlah baik kepada ibu bapamu wahai rakan.

Kota Marudu, Sabah.

No comments:

Post a Comment